Monday 14 July 2014

Puasa pertama 2014 berpuasa di Kampung Orang Asli

28-29 Jun 2014

28 Jun

Pertama kali berpeluang menjejakkan kaki di bumi bertuah, Kg Orang Asli Abu berdekatan dengan Cameron Highland, Pahang. Perjalanan krew mengambil masa 3 jam untuk tiba di sana. 

Masa mula-mula saya tiba di sana seawal 11pagi, saya disambut dengan 3 permata syurga yang membuatkan hati saya berpaut untuk mengenali mereka. Mereka berdiri di luar markas Comrade ini dari jauh, melihat kedatangan abang dan akak UIA. ( Saya bukan dari UIA). 


I have told my friend, " I really wanna take some pictures with them, the thing is I am so shy. Could you help me?"



3 Orang Permata Syurga

Setengah hari bersama mereka, satu perkara yang saya perasan. Mereka tidak berselipar. Secara jujurnya, saya agak terperanjat. Dari kecil, saya diwajibkan untuk berkasut. Kelaianan yang saya nampak kepada mereka membuatkan saya berfikir. Adakah mereka tidak takut sekiranya ada benda tajam terkena kaki mereka? Adakah mereka tidak takut sekiranya ada semut api atau serangga yang menggigit mereka? 

I asked my friend, " why are they not wearing the shoes? How if something happen to them?"

I really shocked with my friend's answer, " it's normal not to put shoes"

I replied, " oh really?, It is a new for me! thanks"

Aktiviti Tengahari...

Saya diberi kumpulan, dalam kumpulan saya terdiri 6 orang. Saya hanya mengikut senior, saya banyak belajar melihat bagaimana senior saya bergaul dengan orang asli..

3 Perkataan baru yang saya belajar.
1. Amek (Mak Cik)
2. Abe (Pak Cik)
3. Anjak ( Kalau tidak silap, Panggilan lebih tua dari Amek)

Mula-mula nak ingat memang susah, boleh pula tertukar...nak panggil amek terpanggil abe. Kadang-kadang tu nak sebut abe tersebut abeh ( panggilan abang negeri Kelantan). Sebaik kawan, asyik tolong betulkan. 

Mereka diberi poster, mengenai do and don't during fasting. Poster itu ditampal dirumah mereka. 

Selesai tugas melawat rumah Kg Abu habis lewat tengahari, kami bersembahyang berjemaah di kawasan lapang. Bayangkan permata syurga  ini bersemangat untuk mengambil air sembahyang. Yang melucukan, ada yang separuh badan basah dek kerana ambil wuduk. Permata syurga ini mahu ikut tunjuk ajar abang akak ini cara mengambil wuduk yang betul. Ya Allah, begitu hebat jiwa-jiwa mereka. Jika minda dihiasi dengan ajaran agama dari kecil, InshaAllah mereka bakal menjadi mujahid mujahidah di kg mereka. Doakan mereka. Amin. 

Aktiviti Petang

Belajar Sambil Berpotluck

Belajar yang terlalu lama mungkin agak membosankan dan membuat kanak-kanak tidak berminat untuk belajar. Jadi kami sediakan mereka modul mengenai berpuasa sambil berpotluck. 

Mereka berguling, itu biasa...raikan keseronakkan mereka bersama, itu lebih membahagiakan mereka. 



Permata Syurga mahu berjihad belajar ilmu tuhan, hebatkan mereka?


Kagum melihat kehebatan anak-anak syurga ini membentangkan kanvas untuk menuntut ilmu di bawah pokok selama 2 hari. Mereka belajar sambil ber'potluck' dan tidak jemu untuk ditarbiyah dengan konsep puasa dan mengenal tuhan walaupun sudah satu jam berlalu..Mereka masih sangat 'hyperactive' untuk menjawab soalan agama.

Jiwa mereka, menginsafkan diri saya ketika di dewan kuliah, sibuk dengan tumpuan lain di kuliah. Tetapi mereka, meletakkan fokus yang tinggi untuk belajar ilmu Allah. Allahu robbi. Adakalanya, permata syurga inilah yang sebenarnya mengajar kita kebahagian, memberi kita kesedaran tanpa sedar ataupun menegur kita dalam senyap rupanya, cukup sekadar perbuatan mereka yang mencuit hati. 







Sudah Petang la abang akak,  time to play!



 
I used to play when I was a kid, I called it as 'ting ting'



Gasing Tradisional 



Apa yang menarik ialah, 


kanak-kanak ini menajamkan gasing ini menggunakan penutup tin susun. MashaAllah, mereka sangatlah kreatif menggunakan ciptaan tuhan. 

Apatah lagi, saya belum pernah melihat gasing tradisional sehinggalah saya berusia 21 tahun. Peluang belajar main sikit-sikit dari mereka. Mereka tidak kedekut untuk mengajar saya bermain gasing. 


Permata Syurga ini tolong tunjuk ajarkan, Syukran Adik Fazura!


Apabila petang, anak-anak akan berkeriangan bermain di sekitar rumah mereka. Mereka sangat akrab antara satu sama lain. 

Waktu Malam...

Apabila waktu malam, mereka akan menetap di rumah dan tiada yang berkeliaran atau lepak di luar rumah. 

Kagum melihat orang kampung,orang kg juga tidak ketinggalan untuk turut sertai berjemaah bersama untuk bertarawih dan bangun pagi untuk solat subuh dan mendengar tazkirah oleh akhi UIA walaupun anak-anak UIA hanya menggunakan lilin untuk bersembahyang. 

Abang Akak ini walaupun tidak dibekalkan dengan elektrik, mereka masih gigih masak untuk memberikan makanan sahur untuk orang kampung. It was such an awesome memories ;) and of course I won't forget it!

Kekurangan mereka sangat menyentuh hati anak-anak bandar seperti saya yang selama ini sentiasa dihidangkan dengan kesenangan. Petik suis, lampu bernyala, kipas berpusing...

Surau di kg mereka masih tidak wujud lagi. Doakan surau di Kg bakal wujud suatu hari nanti.


*program abangakak UIA, banyak belajar dari mereka, mereka mengambil insentif sendiri untuk berdakwah di Kg Abu, Kg Senangkar, Kg Teji. 




29 Jun
Aktiviti Subuh...

Mengejutkan orang kg untuk bersahur dengan memberi kurma dan lauk pauk untuk mereka sebagai buah tangan. 

Perkara yang saya belajar, orang kampung menerima kedatangan kami dengan senyuman di waktu pagi walaupun mereka sibuk dengan menyiapkan keluarga untuk bersahur. 

Secara konklusi, terimalah tetamu dengan hati terbuka. Hati terbuka akan membentuk kasih sayang antara manusia dengan senyuman. 

Aktiviti Pagi- Tengahari...

Seawal 9 pagi, saya ditugaskan bersama ahli yang lain untuk memberikan beras. Saya juga diberitahu oleh akak senior...

"Ain, beras bagi mereka adalah makanan paling mewah!!!"

"Ya Allah, at that moment, I said to myself, I must have to be grateful!... I shouldn't wasting my food easily. I should think that how grateful when I have everything in front of my eyes!" 

Semasa hendak pulang, 

tengah sibuk hendak pulang untuk menuju pulang, seorang permata syurga, Atikah dia menunggu di pintu pagar comrade memandang saya dan kawan tanpa berkata apa-apa. Dengan dengan hati yang penuh sayu, saya hanya mampu berkata, InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi sayang! 



Kesimpulan untuk 2 hari 


Kedatangan kami disambut dengan kemeriahan
Kepulangan kami diberikan bekalan kasih sayang 
Walaupun sebentar bersinggah di tempat orang
Itulah lumrah kehidupan!

Singgah untuk cedok Pengalaman
Dari jiwa-jiwa mereka sebagai tarbiyah harian


Objektif Program Ini

(Penerangan dibawah diambil dari Facebook Ihram Project) 


☆IHRAM PROJECT-KG TEJI, KG ABU & KG SENANGKAR CAMERON HIGHLANDS PAHANG☆
PASCA PROGRAM (28-29 JUN 2014)

ALHAMDULILLAH, IHRAM PROJECT bekerjasama dengan kelab ALUMNI COMRADE UIAM telah berada di perkampungan ini pada minggu lepas.

Kempen Seorang Sekampit Beras(KSSB) telah diserahkan pada 55 Rumah Saudara baru di kawasan ini..


Pada masa yang sama, sukarelawan mengadakan tuisyen untuk kanak2 Orang Asli, Solat sunat terawikh hari pertama, Sahur berjemaah hari pertama di sini bersama penduduk kampung.

Terima kasih pada semua yang terlibat. Semoga segala amalan kita diterima Allah jua..


Salam Perjuangan, 

IHRAM Project @

Yayasan Al-Khalifah

No comments:

Post a Comment