Friday 10 October 2014

Bagaimana Permata Syurga Membantu Iman Kita

Permata syurga anugerah tuhan
Mereka telah diamanakan oleh Allah untuk membentuk mereka
Semuanya akan dipersoalkan kelak jika kita ambil enteng terhadap mereka

Mereka bukan hebat dalam berbicara mengenai soal agama
Apatah lagi sekiranya mereka baru bertatih mengenal Pencipta-Nya

Pernah suatu hari, saya sangat sibuk dalam urusan dunia,
Padahal azan baru sahaja berkumandang
Selepas azan berkumandang, hanya beberapa minit...
I got a message from permata syurga seorang adik yang sangat dikasihi

"Akak sudah sembahyang?"
"Belum, akak hendak selesaikan urusan akak"

Jawapannya biasa, semua orang mampu memberi jawapan seperti itu. Tapi Allah hadirkan perasaan malu dalam diri.

Apa adik yang saya sangat kasihi ini jawab?

"Akak pergilah solat dulu nanti Allah marah"

It's so simple, right?

Teguran mereka sebagai anak kecil begitu menusuk dalam kalbu kita
Anggaplah kata-kata yang baik datang dari mereka merupakan teguran dari Allah
Yang membantu meningkatkan Iman kehidupan kia secara tidak langsung

:)

Apa adik yang sangat saya cintai jawab?

"Macam itulah baru Allah sayang"

Selalunya ibubapa nak pujuk anak solat cara begini, tapi kali ini anak memujuk untuk kita solat cara begitu pula.
Sesiapa yang menasihati kita secara halus, terimalah dengan hati yang terbuka

Untuk menjadi seorang yang merendah diri dan tidak sombong
Terimalah sesiapa yang menasihati kita
Hatta, nasihat itu dari seorang budak
Janganlah memperlekehkan mereka
Sekirannya kamu ingin membantu dirimu untuk meningkatkan Iman

:)

Wallahua'lam





Wednesday 8 October 2014

Kg Susu, Cameron Highlands

Bismillah...

Kg Orang Asli
Kg Susu, Cameron Highlands, Kg ke-4
04/10-06/10 2014

Masa buat keputusan hendak pergi Kg musim hari raya, 

Antara rahmat yang disyukuri,bila keluarga memberi keizinan untuk beraya dengan orang lain
Mereka beraya di Johor, anaknya beraya di Pahang 


Tapi itulah satu kepuasan, mungkin rindukan permata syurga

Masa datang kg ini, hujan rahmat membasahi bumi, Alhamdulilah.
Masa masuk, terus nampak permata syurga menyambut kami dengan senyuman
Tiada suara, tapi itulah suara hati yang berkata, Indah bukan, MashaAllah
Senyuman mereka sama seperti rahmat tuhan mencucuri bumi dengan penuh kegembiraan

Ada lagi yang membuat hati berpaut
Salam sesama muslim
source: BayyinahTV (FB)


Kg Susu telah berpindah ke kawasan baru
Rumah lama mereka telah bertukar sebagai projek 'dam' (still ongoing)
Tiada rezeki melihat kg mereka sebelum ini




Ini merupakan antara asbab suka pergi ke kampung orang asli, This scenery tak ada dekat Kuala Lumpur, yang ada hanyalah bangunan dan kereta yang sentiasa membanjiri bumi Kuala Lumpur terutama waktu pagi.

Kehidupan bukan untuk membezakan, apatah lagi  mencari perbezaan, 'yang ini lebih selesa, lebih seronok atau menyenangkan' tapi kehidupan untuk diraikan. Mensyukuri semua adalah pemberian, setiap yang ada didepan mata sebagai ujian tuhan sama ada yang datang adalah kesenangan ataupun kesusahan untuk mendidik insan lebih menundukkan diri kepada penciptaNya  

Kenapa kita dilahirkan dalam keluarga ini, bukan keluarga itu

Sebab Allah lebih mengetahui

Mungkin kehadiran kita dalam keluarga kita sebagai asbab untuk memberi motivasi untuk mengajak kepada kebaikan

atau mengutip ilmu yang diajarkan oleh keluarga untuk disebarkan 


:)

Aktiviti Petang





                                     

Mengajar mereka melalui gambar, dakwah it's so simple, but tarbiyah it takes time for people to change their heart and minds.

"Ok, ini gambar apa?"
"Masjid"
"Dekat masjid orang buat apa?" sambil tengok-tengok permata syurga mewarna
"Solat la kak"
"Bagus-bagus, betul! masjid ada lagi aktiviti boleh buat, cuba tengok kita buat apa dekat sini (surau)"
"Belajar"

Excellent!

Fungsi masjid luas, luaskanlah pandangan dalam memandang sesuatu untuk menjadikan ia sebagai satu kebaikan. 

:)


Hari Raya Korban satu pengorbanan
Setiap manusia ada pengorbanan mereka sendiri
Tidak kisahlah pengorbanan antara manusia
Mahupun pengorbanan kepada yang maha Pencipta

Belajar benda baru, itulah benda yang paling suka apabila ada program
Mencari sesuatu agar memperbaharui sesuatu dari hari ke hari
Selama ini guna chopping board, 
Tapi ada lagi cara yang memberi peluang untuk orang lain saling membantu
Buluh!
See?
Semua kerja jadi mudah

Tips masa masak lemang
Buluh itu hendaklah di lubangkan
Supaya bila api marak bunyi tak meletop

Begitulah urusan dakwah dan tarbiyyah
Jika sedih buntu ada yang bantu
Jika penat lelah ada yang tolong sambung 
sehingga urusan selesai.







Suasa yang pasti dirindui
Bukan senang nak dapat pengalaman macam ini
Berkumpul kerana ukhwah kerana Allah



Ada lagi, pertama kali makan ice cream, Cempedak...
Selama ini makan ice cream biasa jer,

Itulah keseronokan apabila ketempat baru


Kat Kg, ada angsa!
Tak perlu ke zoo negara
Depan mata kan ada, SubhanaAllah 

Ini antara nikmat sementara yang mempu disyukuri

Bila balik rumah, ayah tanya

"Pergi Kg Orang Asli dapat apa sampai tak nak balik kg?"
"Dapat belajar erti bersyukur"

Ayah terdiam, Bukan semua orang akan faham. Pengertian syukur cukup banyak, bagaimana ia diertikan setiap individu terpulang selagi ia mampu menundukkan kita kepada pencipta tanpa mendabik dada dengan apa yang dimiliki. 



Kedatangan kami disambut dengan kemeriahan
Kepulangan kami diberikan bekalan kasih sayang 
Walaupun sebentar bersinggah di tempat orang
Itulah lumrah kehidupan!

Singgah untuk cedok Pengalaman
Dari jiwa-jiwa mereka sebagai tarbiyah harian