Saturday 3 May 2014

5 Soalan Yang Penting Untuk Perhubungan Serius

Kenapa persoalan ini penting? Sebab ini menunjukkan ke mana hala tuju perhubungan kamu.

1. Apakah matlamat pendek kamu?

Matlamat pendek biasanya 3-5 tahun dari sekarang. Ini bermaksud dia ada hala tuju yang ingin dicapainya dari sekarang. Matlamat itulah yang akan menggerakkan untuk lebih maju sebelum merancang kearah matlamat yang panjang.

Berlagaklah seperti kamu ingin mengetahui matlamatnya, dan sokongla matlamatnya. Dengan itu, kamu tahu sama ada kamu sealiran dengannya ataupun tidak dengan matlamat yang dia ingin capai. Apabila kamu mendengar dan bertanya, merekalah orang yang semangat untuk bercerita sebab ada yang mengambil berat berkenaan misi mereka. Semakin banyak persoalan yang jawapan yang diberikan, sudah tentu wanita akan nampak hala tuju seorang lelaki yang dia impikan.

Lelaki yang hebat:-
"Saya tengah bekerja sekarang. Dalam 2 tahun lagi, saya akan melanjutkan pelajaran Master pula." Itu bermakna dia tengah membina diri kearah yang lebih baik

Lelaki yang membuat kamu kena berfikir untuk merimanya ataupun tidak:-
"Saya tengah bekerja sebagai penjual. Saya bercita-cita untuk mengawal pekerja yang baru,sebab saya bakal jadi senior."

2. Apakah matlamat jangka panjang kamu? 

Lelaki yang nampak visinya akan nampak bagaimana dia harus mencapainya. Setiap lelaki di muka bumi ini ada perancangan mereka sendiri untuk kehidupan yang lebih baik. Jika dia ingin menjadi CEO, mesti dia akna berusaha kuat untuk mencapainya.

3. Apakah pandangan kamu mengenai perhubungan?

Mula-mula tanya mengenai keluarganya?
Di situ kamu akan tahu sama ada dia akrab ataupun tidak dengan keluarganya.

Bertanyalah mengenai ibunya?
Jika hubungan dengan ibunya baik bermakna dia tahu hendak melayan wanita dengan hormat. Dia akan menghormati wanita seperti mana yang diajarkan kepadanya untuk menghormati kaum hawa. Dia selalunya diajar untuk melindungi wanita dan melindungi keluarganya daripada sebarang ancaman.

Bertanyakan hubungan dengan tuhan?
Jika mereka tidak berpegang teguh dan setia dengan tuhan iaitu mengikuti segala ajaran tuhan bagaimana dia hendak setia dan berpegang teguh dengan tanggunjawab yang harus digalas selepas berkahwin?

Jika yang UTAMA telah dia abaikan, bagaimana yang seterusnya. iaitu MANUSIA?

4. Apakah Kamu Fikir mengenai saya?

Sekiranya dia dapat menjawab dengan baik, sudah tentu dia telah memikirkan mengenai kamu ketika dia mendekati kamu. Lelaki akan tertarik dengan keadaan bentuk fizikal dahulu. Ini terpulang kepada setiap individu.

DIA TIDAK AKAN MENDEKATI SESEORANG PEREMPUAN DENGAN SENGAJA ATAU KEBETULAN, MEREKA ADA AGENDA MEREKA SENDIRI. 

Jika lelaki memberitahu kenapa kamu baik. Spesifik kan. "Kenapa kamu mengatakan saya baik?" Dengan itu kamu tahu dia sweet talker atau benar-benar ikhlas tahu kelebihan kamu. Ini menunjukkan dia memerhatikan gerak geri kamu secara senyap.

5. Apa Perasaan Kamu terhadap saya

Bersabar jika dia tidak dapat menjawab soalan ini secara spontan kerana lelaki secara am lemah dalam bab luah meluah, tidak bagi perempuan mudah untuk mengekspresikan emosi mereka. Walaubagaimanapun, dia pasti akan menjawabnya juga.

bayangkan kamu remaja, mampukah berfikir sebegini diawal usia 13-17tahun?
Apa cinta yang diciptakan oleh kamu sangat berkualiti?

ataupun...

kamu menciptakan kesengsaraan diri
yang mana memakan masa untuk mengubatinya

Biarkan iman menguasai diri
bukan nafsu yang bertebangan mencari magsa

3 Perkara Asas Seorang Lelaki

Lelaki sukakan perkara yang mudah dan tidak merumitkan sebaliknya bukan pada kaum hawa. Ada 3 perkara yang dia harus lakukan sebelum digelar lelaki sejati. Secara lumrah mereka diajar secara tidak langsung untuk mencapai 3 perkara ini.

1. Siapa diri mereka

Lelaki diajar untuk melindungi wanita , bekerja keras untuk keluarga, & menjaga maruah keluarga.

2. Pekerjaan mereka

Lelaki akan memikirkan pekerjaan mereka sama ada dapat menampung bakal keluarga ataupun tidak. Selepas itu, baru mereka boleh memikirkan keluarga, rumah dan anak-anak untuk menyara kehidupan. Ini menunjukkan mereka berkepimpinan untuk menjadi ketua keluarga yang merupakan pencari nafkah dan juga pelindung keluarga. 

3. Berapa jumlah wang yang mereka perolehi

Wang yang diperolehi untuk memberi nafkah kepada keluarga dan menyara keperluan sendiri dan juga keluarga. Dengan wang, mereka dapat menyediakan tempat tinggal, memberi pelindungan kepada keluarga. 

Dengan asas ini, lelaki mahu jadi yang terbaik dalam hidup mereka. No 1 dimata keluarga, isteri & juga anak-anak. Jadi hargailah ayah & suami kamu mereka telah bekerja keras menyara dan menyediakan keperluan kita (wanita).


bayangkan kamu remaja, mampukah berfikir sebegini diawal usia 13-17tahun?
Apa cinta yang diciptakan oleh kamu sangat berkualiti?

ataupun...

kamu menciptakan kesengsaraan diri
yang mana memakan masa untuk mengubatinya

Biarkan iman menguasai diri
bukan nafsu yang bertebangan mencari magsa