Monday 23 March 2015

Aiskrim OSDA

AISKRIM OSDA 
Penulis Cerpen: 2indworld
(Kredit: Google)
AISKRIM OSDA

Penulis Cerpen: 2indworld


Kring…Kring….Bunyi loceng aiskrim pakcik Saad. Aku tinggal di rumah flat akan terus berlari keanak-anakkan meneruni tangga dari tingkat empat apabila terdengar bunyi loceng aiskrim pakcik Saad. Kebiasaannya, Pakcik Saad akan datang pada pukul 11pagi.

Sebelum turun, aku ada satu perangai iaitu takut kena tinggal oleh Pakcik Saad ini. Maklumlah bila tiada pelanggan, pakcik itu akan berlalu pergi. Kadang-kadang aku tak perasaan pun pakcik Saad datang. Bunyi loceng aiskrimnya yang terakhir baru aku terdengar.

“Pakcik…” aku menjerit sekuat hati dari tingkat atas. Budak umur 10 tahun mana ada perasaan. “Tunggu…saya hendak turun, saya hendak beli ais krim.” Aku begitu bersungguh minta pakcik itu tunggu.

Lewat pagi itu, ibu sibuk memasak di dapur, “Ibu, Fatihah hendak beli ais krim, Nanti pakcik itu tinggalkan Fatihah,” aku terus memujuk ibu untuk memberi RM0.50. Selepas berterima kasih dengan ibu, aku terus berlari-lari demi mendapatkan aiskrim.

Aku termengah-mengah bila sudah sampai dibawah, toleh kekiri pakcik itu sudah meninggalkan aku. Mungkin lama sangat dia tunggu tadi atau dia sendiri fikir budak-budak hendak mainkan dia. Apalagi aku pun kejar pakcik Saad ini yang tengah mengayuh becanya.

Sekali lagi dari jauh aku menjerit, “Pakcik…pakcik…tunggu saya” aku memanggilnya dari jauh. Ada dalam lebih kurang 20 meter. Pakcik Saad terus menoleh kebelakang, aku rasa sangat lega dia mendengar suara aku.

“Pakcik, saya hendak beli aiskrim…” sambil cuba mengambil nafas dek tercungap-cungap berlari tadi.

“Anak…pakcik hendak cepat ini, sudah lambat hendak ke surau,” balas pakcik Saad dengan nada yang agak risau. Masa itu azan Zohor baru sahaja berkumandang.

Aku masih berdiri tegak dihadapan pakcik itu tanpa mahu berganjak pun. Aku sudah terlambat. Itulah masa pakcik itu datang, berlengah-lengah hendak habiskan cerita Power Rangers. Aku dapat menganggak pakcik ini mahu cepat seolah-olah dia tidak kisah aiskrimnya tidak dapat dijual.

“Tidak mengapalah pakcik, terima kasih.” Aku memuncungkan mulutku. Aku agak kecewa kerana pakcik ini tidak mahu menjual aiskrimnya.

Melihat riak wajah aku mahu berpusing kebelakang dan berlalu pergi pakcik itu memanggil aku, “Anak…sini.”

Aku melonjak gembira apabila pakcik itu berkata, “Anak…mahu berapa?” sambil membuka tong biskut yang diletakkannya kon aiskrim.

“Satu pakcik. Saya hendak aiskrim coklat boleh?”

“Maaf, anak. Aiskrim coklat tidak ada hari ini.” Sambil bersabar melayan kerenah aku.

“Tak apalah pakcik. Mana-mana pun boleh.” Selepas dapat aiskrim, seronok bukan kepalang. Aiskrim pakcik ini lain dari yang lain. Sebab itu lah tidak hairan kadang-kadang aku sanggup kejar pakcik ini sampai ke blok lain.

Sampai dirumah, aku menikmati aiskrim pakcik Saad ini. Aku terus ke dapur untuk bertanyakan soalan kepada ibu. “Ibu, aiskrim pakcik ini sangat sedap. Unik rasanya.” Aku bercerita kepada ibu betapa seronoknya makan aiskrim pakcik ini setiap kali dia datang.

“Cuba teka kenapa sedap?” ibu mempersoalkan aku balik.

Aku menjungkit bahu aku, “Entah tak tahu. Kenapa ibu?” Ibu sempat lagi tersenyum melihat gelagat anak kecilnya sampai menggigit-gigit kon tersebut dengan muka yang comot.

“Ibu dapat tahu pakcik itu buat aiskrimnya sendiri. MashaAllah, Kalau kamu rasa aiskrim ini unik, namanya pun unik juga. Jenama aiskrim pakcik ini OSDA. OSDA itu bermaksud Orang Sabar Disayangi Allah. Jadi, anak ibu ini, bila besar nanti jadi orang yang sabar ya.” sambil ibu mencuit hidungku.  

Itulah kali terakhir aku membeli aiskrim pakcik Saad.

***
Aku membuka suapan berita di Facebook. Tiba-tiba aku ternampak kawanku berkongsi artikel mengenai pakcik Saad ini di Facebook.

Aku membaca artikel tersebut. Kini aku berusia 21 tahun. Tiba-tiba terasa rindu dengan aiskrim OSDA pakcik Saad.

Kisah Pakcik Saad menjual aiskrim demi PhDnya
Siapa tidak kenal dengan seorang lelaki yang berjubah dan berserban yang menjual aiskrim di sekitar Sri Bunga? Penemubual yang mahu dikenali sebagai En Razak menceritakan pengalaman beliau menemubual pakcik ini. Dikatakan, pakcik Saad ini datang dari Surabaya. Dia menyara perbelanjaan PhDnya dengan membawa beca menjual aiskrim OSDA di sekitar kawasan Taman Anggerik dan Taman Bunga Raya pada setiap hari sekitar pukul 9.00 pagi sehinggalah masuk waktu zohor. Dia akan menyambungnya semula selepas Zohor sehinggalah waktu Asar tiba.

Kegigihannya mencari rezeki mendapat perhatian penduduk masyarakat yang mengenalinya selepas berbual dengannya. Masih ada lagi, orang yang sanggup mencari rezeki demi PhD pada usia yang menjangkau 50 tahun.

Beberapa komentar oleh penduduk Taman Anggerik dan Taman Bunga di laman sosial.

Fateh: Aiskrim pakcik ini sangat sedap. Dia buat sendiri. Sangat lembut dan berkrim. Lain dari yang ada di pasaran.

Imam Kamal: Saad ini bila waktu sembahyang, setiap kali itulah dia ada di masjid ini. Saya sangat mengkagumi beliau. Beliau sangat menjaga solat jemaahnya walaupun sibuk mencari rezeki.


Selepas membaca artikel ini, aku berfikir sejenak di depan komputer riba. Aku cuba mengingati peristiwa yang lepas.

Tiba-tiba teringat peristiwa pakcik ini ketika dia bergegas mahu ke masjid sewaktu aku kecil dahulu.
“Allah, apa pengajaran yang hendak Engkau sampaikan kepada aku?” Aku bersoal kembali kepada diriku. Tidak ada kejadian yang berlaku tanpa kehendakNya.

Apabila difikirkan balik, rupanya Allah hendak ingatkan aku agar menyegerakan solat diawal waktu. Selain itu, berbalik apa tanggungjawab aku sebagai khalifah. Aku tak pernah merasai kesusahan hendak belajar. Semuanya ditanggung oleh ibu ayah. Berbeza dengan pakcik ini, berjihad mendapatkan ilmu Allah.

Allahurabbi. Aku baru tersedar yang menjadi seorang khalifah di muka bumi ini perlukan kekuatan. Pakcik ini sangat hebat. Dalam dunia ini, sehebat mana pun kita, suatu hari nanti kita akan dipulangkan kepada pencipta dengan amalan dan taqwa sahaja.

Pakcik ini sanggup meninggalkan dunia sebentar demi berjumpa dengan Allah pada awal waktu.
Pakcik ini amat yakin rezekinya tidak pernah tertukar. Ikutkan boleh sahaja dia berjual beli ketika azan tetapi dia meninggalkannya untuk sementara waktu.

Pakcik ini boleh sahaja duduk dirumah dan menjual aiskrim bukan disebabkan mahu menampung perbelanjaan PhDnya dan meminta mana-mana orang yang hendak membiayainya mencapai cita-cita, tetapi dia tidak berbuat demikian.

Malunya aku. Baru hendak buka buku ilmiah sudah terasa malas.

***

“Fatihah, solat…” aku tersedar dari lamunan apabila ibu mengingat aku setiap kali azan sudah kedengaran. MashaAllah, azan sudah berkumandang di televisyen. Setiap kali itu juga aku akan memberi alasan sekejap lagi, lagi 5 minit Fatihah solat. Selepas 5 minit, aku beri alasan kepada diri sendiri lagi, nantilah awal lagi, lagi 10 minitlah aku sembanhyang. Lama-lama, lagi 10 minit hendak masuk waktu lain barulah hendak berlari-lari ke bilik air hendak solat.

“Ya Allah, ampunilah dosaku. Aku mahu berubah, InsyaAllah.” Selepas membaca artikel dan mengimbau kenangan dengan pakcik itu baru aku tersedar. Alhamdulilah, aku kena menghargai hidayah ini. Terima kasih ya Allah.

Aku terus bangun dari menghadap komputer ribaku.

“Ibu, tunggu Fatihah. Fatihah hendak berjemaah sekali.”


Cerpen ini pernah dihantar kesalah satu penerbitan, tetapi gagal mendapatkan maklumbalas, jadi sesiapa yang membaca cerpen ini, mungkin boleh memberi komentar. 

Sunday 22 March 2015

Sinopsis Yoyoh Yusroh ( Ummi, Wakil Rakyat Parti Keadilan Indonesia)

Sinopsis
Yoyoh Yusroh ( Ummi, Wakil Rakyat Parti Keadilan)
‘Hidup harus dijalani dengan seutuhnya meletakkan Allah sebagai satu-satunya pihak yang paling berhak mendapatkan seluruh penghormatan dan cinta serta persembahan bagi setiap langkah apa pun sahaja yang dilakukan selama hidup di dunia.’
Latar Belakang:
5 y/o: Diajar berpidato teks terjemahan dari arab melayu oleh bapanya
10 y/o: Sudah menjaga adik beradik ketika orang tuanya menunaikan haji 
yang menggunakan kapal laut (3 bulan)
6x khatam setiap kali Ramadhan 
Pagi: Menuntut ilmu dunia ; Malam: Menuntut ilmu akhirat ; (Belum termasuk aktivitasnya di majlis ta’alim di dekat rumahnya)
Dalam kesibukkan berpolitik, beliau memastikan 3-5 Juz AlQuran dibaca setiap hari (Bagi yang selalu menggunakan kenderaan awam, tiada ruang untuk mengeluh menunggu bas terlalu lama, sebab Yusroh juga tidak memandu, banyak ruang masa untuk AlQuran. Saat kita mengeluh, berapa jam kita sudah habis di situ?)
Beliau, biasa berkeliling kampung untuk bermaaf-maafan dan bersilaturrahim.
‘Apabila hadapi masalah kehidupan, nikmatilah dengan kelazatan iman (halawatul iman), jauh lebih penting dan lebih tinggi daripada kusut dalam berbagai permasalahan tersebut'


Jiran: Dia ada jiran bukan islam, sampaikan jirannya terPAKSA PINDAH RUMAH. "Kerana kebaikan (akhlak) ibu Yoyoh, sekiranya mereka tinggal disitu lama lagi, mereka boleh berpindah agama nanti."

Keluarga: 
Mempunyai 13 orang anak
Pernah anaknya menarik-narik baju dan mencakar mukanya, tetapi beliau menadah tangan, “Berilah beliau petunjuk dan jadikan dia anak yang saleh”. Anaknya yang mengamuk terus berhenti.
“Di rumah kata sesalan, cemuhan di HARAMkan. Sekiranya anaknya mengeluh, Beliau akan berbicara dengan anaknya.
“ Ini duit untuk Palestin, yatim piatu, duit umi tinggal ini sahaja, kalau umi kena memenuhi keinginan kamu ( anaknya meminta telefon tanpa keperluan jelas), apakah kita mahu memakai wang riba? ( untuk memberitahu walaupun dia seorang ahli parlimen, berduit, bukan semua keinginan anaknya akan dipenuhi)
Permasalahan/kepentingan keluarga dll, Permasalahan/kepentingan dakwah jauh lebih besar.
“Apabila mau marah dengan anak, lebih baik marah pada Yahudi”

Tuesday 17 March 2015

Persoalan Kanak-Kanak, Non-Muslim, Muslim Tentang Allah

1.Kenapa di dunia, Allah jadikan ada orang baik dan jahat? 
J: Manusia lahir dalam fitrah Islam, Allah bagi pilihan, nak buat baik@jahat. Allah tak biarkan begitu sahaja. Allah bagi rasa, bila kita buat baik, outcomes: Jadi baik. Bila buat jahat: kita susah nak terima perubahan yg baik. Lg, Allah utuskan AlQuran dan sunah untuk diikuti. Jd untuk salahkan Allah, cuba lihat bagaimana pemilihan hidup kita sendiri yang pilih.
2. Kenapa Allah tak jadi kita semua muslim, kan senang sembah tuhan yang betul? 
J: Ujian kepada non muslim, ujian: mencari hidayah. 
Muslim, ujian: sejauh mana kamu menyebarkannya?
3. Semua agama ajak kebaikan, kenapa islam nampak superior?
J: Islam satu-satu agama yang dijamin syurga.
4. Kenapa Allah perlu cipta manusia?
J: Allah tak perlu, Allah pencipta, Dia manifestasikan dirinya melalui penciptaanNya.
5. Ada yang takut g Arab Saudi kena potong tgn/hudud
J: Kenapa takut, adakah kita nak mencuri di Arab Saudi?
6. Kenapa perempuan di Arab Saudi, tak boleh bawa kereta, islam menindas wanita?
J: Islam satu-satu agama yg melindungi wanita, lihat pada kawasan dan keadaan disana, padang pasir. Kalau wanita disana drive, sorang-sorang dan sesat etc, apa kesannya?
7. Allah letakkan taqdir (ketentuan), Allah tahu kita masuk syurga neraka, bukankah,tak adil?
J: Allah dah tentukan berdasarkan ilmuNya, do you know ur end up? Analogi: seorang guru ajar 5 tahun, boleh kenal yg rajin n malas. Kalau sikap malas pljar, dia tahu pelajar itu akan gagal. At the end,the one choose is urselves. Allah dah gariskan panduan nak masuk syurga, daripada banyak tanya kerja Allah, kita yang patut buat kerja kita.
8. Kenapa Allah ciptakan neraka, bukankah Allah Maha Adil?
J: Saya guru, saya nak bg semua orang dalam kelas A+. Adil? Yang malas tak pernah baca buku, malas tahap gaban dapat  A+, Apa perasaan orang yang dapat A+ yang memang berusaha? Bila didunia yg jahat tiada pembalasan, yang baik tiada pembelaan, Jadi inilah tempat sebaik-sebaik pengadilan.
9. Allah penyayang, Kenapa dia murka? 
J: Analogi, seorang ibu, penyayang tak? Kalau dia penyayang, kenapa masa kecil-kecil kita kena marah, rotan. Ini sebab itu cara dia mendidik kita supaya jadi baik. Orang kata, sebab sayanglah kena rotan  Begitu Allah. Allah pun ada caranya untuk mendidik kita. Tapi kita bila Allah mendidik, kita pula marah Dia kata tak adil.
10. Kenapaa perlu sembah Allah? 
J: Orang tak ada agama, dia sembah apa? Dia sembah pangkat, harta & wanita. Dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang. Semua orang perlu tuhan, sebab itu fitrah. Sebab kalau tak sembah Dia, hati dan jiwa kosong.


Pengalaman Matta Fair, 2015

Matta Fair, Travel Agency
Ini pengalaman orang yang tak pernah pergi Matta Fair. Sebelum masuk, nampak travel Agency X, memang boleh beli tiket Air Asia di kaunter tu. Di Matta Fair menawarkan 20% tiket untuk pembelian Air Asia.

Pergi satu agency X ni, untuk processing, mereka charged RM50. Masa tu dah tak nak. Ingatkan harga tak akan turun lepas ini. Maklumlah nak berjimat punya pasal. Akhirnya minta kurang dapat RM30.

Pengajaran memang disinilah: Kalau minta duit untuk processing, tak payah lah beli. Sebab tak nak beratur beli tiket RM4 punya pasal. Tu pusing2 kat luar Matta Fair sahaja.

Keesokkan harinya, kawan kata harga pergi ke Perth turun.

Adakah Air Asia akan menurunkan harga selepas Matta Fair berakhir? Huhu...

KL-Perth
12.05am: RM399 (Tiket kena beli)
08.45am: RM299 ( tak boleh beli yang ni, sebab kawan2 uni rancang nak naik tgh malam)

After Matta Fair, tgk kat online waktu malam
12.05am: RM299
08.45am: Dah tak ada

Pengajaran lagi: Mencari hikmah untuk tak menyesal sebab dah beli tiket kat sana. Harga online dan di Matta fair sama jer.

Ha! Bila beli dengan agency, hanya ada option pakai VISA card, Master card… Kena charge RM24. Kalau beli sendiri, pakai debit card baru RM4.

kalau beli ngan Air Asia terus, macam mana? Ada option debit card tak, (online transaction) RM4…bukan pakai Master kad tau?