Monday 18 February 2019

Persediaan Umrah dan Kisah Menarik Raudah Masjid Nabawi

Persediaan Umrah, Time to Fly 
Nak dapat sweet things daripada Allah, ain fikir mesti kena usaha dulu kan? Biasanya orang yang akan mnx kita doakan. Tapi my style, ain yang bagi tahu orang, "ain nk pergi umrah, nak ain doakan apa2 tak?" Sampaikan orang yang asyik lupa tu, ain ingatkan banyak lagi.

Ok, along the way, rasanya usaha cakap mulut mcm gagal jer. Jadi, ain sediakan buku kecik. Buku ni la ain promote lagi, "ain nak pergi umrah, tulis la dalam buku".

Dalam usaha kedua nk mengumpul doa orang, ain ternampak ad install famous share sedekah di Mekah. Ain gunakan cara ni utk promote kat orang, " kat sini ad tempat utk sedekah faqir miskin, nak ain doakan tak apa2 kat sana".

Sweet things Allah bagi kat Malaysia sblm flight, sehari sebelum flight, ada aunty ni bank in duit belanja padahal rasanya dia adalah orang yang ak tak bagi tau pun. Dengan duit dia, officially Ain jejak mekah & madinah tak guna duit sendiri (FREE).

Kisah Sweethings Raudah, Masjid Nabawi
#BaiknyaAllah

Hari Pertama Raudah, Masjid Nabawi
Raudah paling saat dinantikan Dan diburui oleh sesiapa yang menjejak Masjid Nabawi. Tempatnya hanyalah seluas 3x ganda viva, Itulah kawasan yang direbut oleh seluruh dunia.

Bermulalah pemburuan pertama masuk ke Raudah. Tapi semasa menunggu pintu Raudah dibuka, I made deal with Allah.

'Dalam rezeki ain pergi umrah, ad bahagian (rezeki) orang lain'. Ain bawa doa orang ni ya Allah, mereka juga sebahagian dari sini. Mudahkan la masuk Raudah."

It happened. Pintu Raudah terbuka ditempat ain duduk. Itulah #sweethings Allah bagi Kali pertama dan terakhir. Sbb Hari lain, pintu tak dibuka tempat ain duduk pun.

Sepanjang laluan ke Raudah, tiada orang yang tolak langsung pun. Malah dah sampai karpet hijau, tiada satu manusia pun tolak/berebut ruang dengan kami. Ain pula excited, "ibu, karpet hiiau! karpet hijau!"
Seolah2 ruang solat itu, Allah sediakan specifically utk kami. Seusai solat, " eh, mcam tak ad orang jer, solat lagi la."  Itulah saat paling lama disana.

Kerana kiriman doa kalian sblm ain berangkat ke madinah, itu perkara paling sweet ain terima disana.

Selepas dapat sweet things Dari Allah, terus ain up WhatsApp status lagi "does anyone wants to make any duas?"

Hari Kedua Raudah, Masjid Nabawi
Percubaan hari kedua nak masuk Raudah, Kali ni baru ad orang tolak kami, hehe... baru terasa mcam ad orang.

Bila dapat berpijak dikarpet hijau, ada hamba Allah terus menghulurkan tangan seolah2 ingin mengatakan, 'Selamat datang, jemputlah solat'. Dia jaga kawasan kami solat sehingga tiada orang lain melintasi tempat solat sehingga selesai. Tapi cara dia protect kami, bukan cara manusia yang kepong kawasan atau cover area menghulurkan tangan untuk menghalang orang langkah kita. DIA hanya berdiri sahaja belah Kiri kami sahaja. Selepas solat, ain cakap. "Jazakillah khayr, Jazakillah khayr", DIA hanya memandang ain separuh pandangan tanpa berkata apa2. Ain pandang jer muka dia, pipi dia kemerah-merahan, nampak orang yang sangat lemah lembut, dan sopan.

I feel too weird and then I left the Raudah happily.

I could feel all these sweet things happened because I received all your duas.

Kerana doa kalian, ain belajar benda yang paling penting. On 1st day, ain mendoakan doa kalian dan terfikir, "Suci sangat ke aku sampai nak minta kat Allah mcm tu jer?"...

Sejak dari hari tu, setiap hari sebelum ain berdoa, ain akan solat taubat for myself & solat hajat utk kalian agar Allah dengar & kabulkan kiriman doa.

No comments:

Post a Comment