Wednesday 26 March 2014

Cinta Versus Kawan

"awak, saya rasa berkawan dengan awak tak ubah macam orang tgh couple"

"sebab?"

"setiap malam awak akan telefon, hantar mesej, awak bergurau senda,saya rasa seronok sangat. Entah kenapa dulu saya rasa kawan tapi sekarang bila tak dapat dengar suara awak,mesej awak selama sebulan,saya jadi resah. Itukah kawan?"

"jadi? apa maksud awak?"

"selepas saya dengar ceramah, hasil pembacaan yang sikit...kita ada 2 pilihan
1. kita dekati pernikahan
2. kita berpisah kerna tuhan
kalau tanya saya, saya pilih no 2. Perkenalan kita tidak dipenuhi dengan pengisian yang mendekatkan kita dengan pernikahan. Masa terbuang dengan perbualan merewang-rewang.
bukankah awak pernah kata kalau ada jodoh tak kemana? 


"sekejap! Islam membenarkan umatnya untuk bercinta. Cinta itu fitrah manusia.awak bukannya ustazah pun."


"mungkin dengan pemergian saya membuatkan awak jadi matang dan sentiasa memperbaiki diri. Apabila kita sentiasa berada di zon selesa (zon dosa),kita tak sedar semua tu. berkaitan cinta fitrah tu, kajilah. Allah suka orang yang mengkaji."


Perkara sebegini selalu terjadi disekeliling kita. Tersepit dengan perasaan yang berbolak-dalih. Hati kata teruskan tapi perasaan kasih masih ada. Tapi sayang apabila diteliti masing-masing mempunyai cita-cita ibu bapa yang perlu disandang. Ingatkan berkawan rupanya sudah jatuh hati sudah. 


for me, cinta yang sebenar yang membawa redha tuhan, kita sendiri tahu apa yang kita selalu bualkan dan apa yang selalu kita buat bersama si DIA. Bila banyak urusn agama ditinggalkan, fikirkan brjuta-juta kali. Kalau sebegini urusan cinta tidak mampu diuruskan apa tah lagi urusan lain. 



Tinggalkan orang yang dikasihi bukan bermakna kita perlu tangisi sedih dan sebagainya. Tapi kalau yang jenis tidak boleh buat kerja 2 in 1 biarlah matlamat utama yang dikejar. Berbual ini hanya mengisi masa kebosanan. Mahukah kita hanya tempat si Dia mengisi kebosanan masanya. Lihat, matlamatnya. Kita hanya dijadikan tempat berseronok. Mana entah tidak. kita juga turut rasa seronok bukan?

Apa keseronokan utama yang kita perlu cari? Huhu...macam susah jer kan. Tambah lagi hendak beristiqamah!



Macam ini lah kalau rasa we are still on the right path, go ahead! but after u make some research and thinking that you are nt right. back to the right way. 

Susah! memang susah. Nak dapatkan syurga pun susah. 

Be FIRM! 

No comments:

Post a Comment