Usrah pertama menjadi murobi
Satu pelajaran satu
cabaran.
Akhirnya, perjumpaan yang pertama seorang sahaja yang
datang.
Alhamdulilah, daripada tak ada…
09/04/2015
Terasa berat tanggungjawab.
Sebab itu kita dipilih jadi khalifah kan?
Sampaikan bagi kat gunung ganang, tak mahu…
Muhasabah!
Pengisian Pertama,
Baca AlQuran wajib sebab
Kita ini hari-hari solat 5x sekali, tak termasuk yang lain…Minta
petunjuk…
Cuba kita kira berapa banyak kita mohon petunjuk….banyak
kan?
Lepas tu dalam surah Al-Baqarah selepas surah AlFatihah yang kita baca hari-hari itu, Allah kata
dalam ayat 2: Kitab (Alquran) ini tiada keraguan padanya, petunjuk
bagi mereka yang bertakwa.
Nota kaki: Taqwa tu…mengikuti segala perintah Allah
dan menjauhi larangannya
Perasaan tak satu perkara
Kita minta Allah bagi
Kita tanya Allah jawab
Bila Allah dah jawab
Kita ambil tahu ke buat-buat tak tahu?
Bercerita mengenai rukun usrah
1. Taaruf
2. Tafahum
3. Takaful
Saya lanjutkan lagi, kelebihan
usrah daripada pengalaman sendiri
1. Baiah Solehah
Kita yang tidak duduk dalam baiah (suasana),
susah nak rasa kefahaman Islam. Jurusan kita yang tak ada matapelajaran agama
lagilah tak menampakkan kita kena dan wajib belajar mengenai Islam.
Kalau rasa
nak pergi belajar agama pandai-pandailah kena cari, kalau malas jadilah kitaran
hidup yang membosankan, Belajar, Esaimen, Makan, Tidur pusing balik sampailah
kita graduate.
2. Iman Naik Turun
Kita manusia, ada iman naik dan
turun. Kita tidak mahu masa iman kita turun golek2 sampai tak nampak jalan nak
bangkit. Lepas itu buat benda-benda yang merapu, yang kita rasakan ok, padahal
Allah kata tak ok.
“Katakanlah (Muhammad), “Tidaklah
sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya keburukan itu menarik
hatimu, maka bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang mempunyai akal
yang sihat, agar kamu beruntung” (Surah Al Maidah 5:100)
Sekurang-kurangnya kita pergi usrah
masa iman tu nak jatuh, kita sempat nak naikkan balik. Sebab ada sahaja
perbincangan yang kadang-kadang terkena dekat batang hidung sendiri, masa itu
baru hendak sedar, “Aah, patutnya aku kena jadi/buat macam ni” (monolog seorang
diri)
Kita nak kalau boleh iman kita
dalam keadaan yang moderate, kalau futur(lemah semangat), tergelincir sekejap sahaja. Sebab
itu kita ada usrah seminggu sekali.
3. Teguran
Kalau di universiti, nak baca
alquran atau tidak, mau ingat-ingat sendirilah. Salah betul pandailah… Dapat
pula ada orang dengar kita baca tergagap, lagilah suruh kita cari cikgu…Dapat
uni memang tak jumpa ustazah/ustaz gimana tu?
Sebab itu usrah, ada yang saling
tegur mengur bacaan kita
Kalau kita jadi nakal, orang akan
kata, “Biasalah tu kat university semua bebas. Sebab itu jadi macam tu”
Kalau berada dalam usrah, akan
ada orang yang perasaan perubahan kita sebab kita makin lama makin dekat, makin
lama makin sayang.
4. Tadabur Alquran
Selalunya, kita nak baca Alquran
satu mukasurat pun susah, sebab seorang-seorang. Lepas itu, baca terjemahan,
lepas tu, HABIS.
Tapi kalau diusrah, kita tidak ad
sijil agama, tak tahu nak tafsir apa.
Kita bincang banyak isu. Kita
berfikir, ayat itu seolah-olah terkena dekat kita, meresap dalam jiwa.
Memang sedih, bila kita belajar
tadabur, banyak benda kita tak terfikir selama ini.
Bila kaitkan alquran dengan
kehidupan kita memang sangat dekat.
Allahu
5. Sharing is Caring
Bila ada masalah, kita akan cari
kawan sekepala. Bila dalam usrah, bila ada masalah, kita nak cari orang yang
bagi bantuan dalam fikrah islam.
A: Aku ada masalah dengan
lecturer aku
B1: Biasalah lecturer, memang tak
betul sikit, biarlah dia.
B2: Cuba check hubungan dengan sesama
manusia, mungkin ada kekurangan kita yang patut kita baiki
Beza tak jawapan B1 n B2. Mana
nak pilihan kawan kita? Yang kaitkan Allah, Nabi Muhammad, Islam @ sebaliknya?
6. Mutabaah Amal
Kalau macam kita yang susah
hendak topup sunat, kita rasa ok jer.
Tapi bila dah join usrah, Saya
ternampak naqibah saya solat sunat. Dia tak ajak dan tak ada pula
menyuruh-yuruh untuk solat sunat. Tapi saya tengok jer akhlak dia. Akhirnya,
secara tak langsung kekuatan itu datang sendiri.
7. Dari yang tak baik kepada baik
kalau dulu perangai panas baran,
lepas nampak cara naqibah yang berlemah lembut, calm dalam handle urusan, kita
pun akan cair nak ikut kan?
Kalau dulu malas nak solat subuh
@ bersubuh dengan gajah, Masuk usrah kita dengar kawan-kawan kita yang menyesal
bangun lambat 6.30pagi. Terasa tak? Kita pun malu dan berubah secara
senyap-senyap
Pernah ada group whatsapp dengan kawan-kawan lama? Cuba baca
pengisian itu? Ada tambah iman? Ada peluang borak-borak yang hendak mengingati
kita kepada Allah. Bukankah kita kena ingat Allah itu sepanjang masa? Macam
mana hendak ingat, kalau kehidupan kita pun susah nak berborak mengenai
mutabaah amal, sirah, aqidah dalam perbualan yang menyeronokkan?
Pengaruh apa? Pengaruh untuk mendalami ilmu agama, Dalam
usrah ada hafazan, kena hafal hadith. Kalau macam kita yang sorang-sorang
hidup, mana nak datang kekuatan, melainkan rajin pergi program luar dan cari
sorang-sorang.
Dalam usrah ada daurah dan sebagainya. Disitu kita dilatih
lagi, untuk menampakkan Islam itu syumul.
Kita bersahabat kerana Allah. Bila kerana Allah, kita senang
ke nak tikam kawan dari belakang? Sebab Allah mendahului segala-galanya. Kita
bersilaturrahim dengan pelbagai university, negeri dan sebagainya.
Ada banyak lagi nak cerita tapi lagi best kita sendiri yang
melaluinya. Lagi manis!