Showing posts with label Traveler. Show all posts
Showing posts with label Traveler. Show all posts

Thursday, 28 February 2019

Kisah Tak Mahu Masuk Raudah

As per request, nak smbung kisah tak nak masuk #Raudah.

Waktu solat isyak, Ain pun 'aim' lepas ni balik hotel terus. Dah x nak masuk Raudah sbb energy pun dah tinggal 40%. Nk tunggu pintu dibuka 1 jam, nak tempuh ngan orang 1 jam. I could feel only 20% would left if I decide to enter at that night.

Slps solat isya, Ain letak alquran kat rak semula dan ain tinggalkan uncang selipar SEKEJAP jer tempat saf solat. Bila Ain pusing jer, saf ain yang paling depan tadi dah ada 5 baris kehadapan lagi tu penuh dengan orang.

Alamak, selipar!!!

Ain berdiri memandang sekeliling sambil mencari uncang.  Lepas buntu, baru Ain bersuara, "I'm looking my shoes, I'm looking my shoes" dekat orang ramai yang tengah duduk di kawasan saf Ain.

Semua orang buat tak tahu. (Habislah, kaki ayam, kalau tak jumpa uncang ni). Another thought, 'eh betul ke ni saf ak letak uncang?', 'eh, ada tak yang faham Bahasa Inggeris?'.

Few minutes, ada orang hulurkan uncang tu. Seriously memang rasa lega habis. Ain pun happy giler nak balik hotel ini. Bila betul-betul toleh ke belakang, Ain nampak dipenuhi orang yang sangat ramai berdiri dan kalau Ain decide yang rempuh juga, lagi la banyak tenaga nak pakai.

I got stucked there. Saat orang lain berdiri, Ain duduk dicelahan orang berdiri. Ada yang menghulurkan makanan dan ada sampaikan makcik Bangladesh ingat Ain nak pengsan kot...Dia bukakan purdah Ain. (Eh..eh makcik ni selamba dia jer).

Bila pintu besar dibuka, makcik tu ajak bangun. Ain pun bangun dengan longlai. I walked very slowly and just looking at people who energetic ran towards Raudah.

Dah nak sampai pintu Raudah, Ain decided duduk kat tepi tak nak masuk. Tengok jer orang masuk.

Tulah, x tahu belagak ke apa sampai tak nak masuk, tapi Allah ajak juga masuk. Tetiba, ada segerombolon baju hitam datang kat tempat Ain( tmpat ni mmg kosong tak ada orang), dan tolak ain yang tengah duduk untuk bangun.

Yes, Ain bangun sbb diorang. Dan rupanya Ain dah sampai kat pintu Raudah, dikelilingi orang Arab.

Again, tulang kena himpit. Terasa mcam kat kubur sekejap. Disebabkan diorang besar & tinggi, I couldn't breathe. (Tulah tak nk masuk). Banyak mendongak memandang siling dinding untuk ambil oksigen.

Dipendekkan cerita, Ain dapat ruang mcm satu kaki berpijak ke lantai. It was very hard at that time. Even masa angkat takbir, masih juga yang tolak, tak macam kisah Raudah pertama dan kedua tiada gangguan.

Bila time sujud, I was totally blurred and had no ideas what I should ask more? Macam mana ntah tiba-tiba ilham datang untuk doakan orang yang kirimkan doa.

Lepas habis keluar Raudah, Ain terfikir, 'Allah suruh aku masuk ke Raudah bukan untuk doa aku, tapi untuk doa orang lain, Engkau juga yang beriya minta doa kat orang. Kan Allah paksa ko kesana'.

Itulah satu-satunya Raudah specifically utk orang lain. Sweetkan Allah?

Wednesday, 8 October 2014

Kg Susu, Cameron Highlands

Bismillah...

Kg Orang Asli
Kg Susu, Cameron Highlands, Kg ke-4
04/10-06/10 2014

Masa buat keputusan hendak pergi Kg musim hari raya, 

Antara rahmat yang disyukuri,bila keluarga memberi keizinan untuk beraya dengan orang lain
Mereka beraya di Johor, anaknya beraya di Pahang 


Tapi itulah satu kepuasan, mungkin rindukan permata syurga

Masa datang kg ini, hujan rahmat membasahi bumi, Alhamdulilah.
Masa masuk, terus nampak permata syurga menyambut kami dengan senyuman
Tiada suara, tapi itulah suara hati yang berkata, Indah bukan, MashaAllah
Senyuman mereka sama seperti rahmat tuhan mencucuri bumi dengan penuh kegembiraan

Ada lagi yang membuat hati berpaut
Salam sesama muslim
source: BayyinahTV (FB)


Kg Susu telah berpindah ke kawasan baru
Rumah lama mereka telah bertukar sebagai projek 'dam' (still ongoing)
Tiada rezeki melihat kg mereka sebelum ini




Ini merupakan antara asbab suka pergi ke kampung orang asli, This scenery tak ada dekat Kuala Lumpur, yang ada hanyalah bangunan dan kereta yang sentiasa membanjiri bumi Kuala Lumpur terutama waktu pagi.

Kehidupan bukan untuk membezakan, apatah lagi  mencari perbezaan, 'yang ini lebih selesa, lebih seronok atau menyenangkan' tapi kehidupan untuk diraikan. Mensyukuri semua adalah pemberian, setiap yang ada didepan mata sebagai ujian tuhan sama ada yang datang adalah kesenangan ataupun kesusahan untuk mendidik insan lebih menundukkan diri kepada penciptaNya  

Kenapa kita dilahirkan dalam keluarga ini, bukan keluarga itu

Sebab Allah lebih mengetahui

Mungkin kehadiran kita dalam keluarga kita sebagai asbab untuk memberi motivasi untuk mengajak kepada kebaikan

atau mengutip ilmu yang diajarkan oleh keluarga untuk disebarkan 


:)

Aktiviti Petang





                                     

Mengajar mereka melalui gambar, dakwah it's so simple, but tarbiyah it takes time for people to change their heart and minds.

"Ok, ini gambar apa?"
"Masjid"
"Dekat masjid orang buat apa?" sambil tengok-tengok permata syurga mewarna
"Solat la kak"
"Bagus-bagus, betul! masjid ada lagi aktiviti boleh buat, cuba tengok kita buat apa dekat sini (surau)"
"Belajar"

Excellent!

Fungsi masjid luas, luaskanlah pandangan dalam memandang sesuatu untuk menjadikan ia sebagai satu kebaikan. 

:)


Hari Raya Korban satu pengorbanan
Setiap manusia ada pengorbanan mereka sendiri
Tidak kisahlah pengorbanan antara manusia
Mahupun pengorbanan kepada yang maha Pencipta

Belajar benda baru, itulah benda yang paling suka apabila ada program
Mencari sesuatu agar memperbaharui sesuatu dari hari ke hari
Selama ini guna chopping board, 
Tapi ada lagi cara yang memberi peluang untuk orang lain saling membantu
Buluh!
See?
Semua kerja jadi mudah

Tips masa masak lemang
Buluh itu hendaklah di lubangkan
Supaya bila api marak bunyi tak meletop

Begitulah urusan dakwah dan tarbiyyah
Jika sedih buntu ada yang bantu
Jika penat lelah ada yang tolong sambung 
sehingga urusan selesai.







Suasa yang pasti dirindui
Bukan senang nak dapat pengalaman macam ini
Berkumpul kerana ukhwah kerana Allah



Ada lagi, pertama kali makan ice cream, Cempedak...
Selama ini makan ice cream biasa jer,

Itulah keseronokan apabila ketempat baru


Kat Kg, ada angsa!
Tak perlu ke zoo negara
Depan mata kan ada, SubhanaAllah 

Ini antara nikmat sementara yang mempu disyukuri

Bila balik rumah, ayah tanya

"Pergi Kg Orang Asli dapat apa sampai tak nak balik kg?"
"Dapat belajar erti bersyukur"

Ayah terdiam, Bukan semua orang akan faham. Pengertian syukur cukup banyak, bagaimana ia diertikan setiap individu terpulang selagi ia mampu menundukkan kita kepada pencipta tanpa mendabik dada dengan apa yang dimiliki. 



Kedatangan kami disambut dengan kemeriahan
Kepulangan kami diberikan bekalan kasih sayang 
Walaupun sebentar bersinggah di tempat orang
Itulah lumrah kehidupan!

Singgah untuk cedok Pengalaman
Dari jiwa-jiwa mereka sebagai tarbiyah harian







Wednesday, 23 July 2014

Kampung Orang Asli Husin, Sg Siput, Perak

Kampung Orang Asli Husin, Sg Siput, Perak
19-20 Julai 2014
kali 2 melawat ke kg orang asli...


Sewaktu petang, melawat mereka di sana, amek dengan bermurah hati menghulurkan durian untuk kami. Murah hati mereka semoga mereka dimurahkan rezeki. Sebelum ini, kawan hanya bercerita sekarang musim durian dan ajak pergi ke kampungnya. 

Sekarang, Allah sudah makbulkan doa, seronoknya! sudah beberapa sem tak makan durian, hehe... (hantu durian). Tapi yang agak mengecewakan, durian dijual oleh orang kg RM0.40 seKG. Murahnya! Kata amek jika mereka berkeras untuk menjual dengan harga mahal, durian mereka tidak diambil. Ya Allah sedihnya, ini zaman 2014! As my conclusion, if you got power then you can control human beings. 



 Buah Nangka

 This is how buah Nangka look like!

 Belakang Kg

 Amazing Kg!



Again and again!

another house, we were visiting amek (aunty)
Musang ni bermanja dengan gigit-gigit jari orang
Disebabkan kawan yang suka main
Saya hanya suka melihat keletah mereka
Dengan mengambil gambar




Untuk pertama kali tengok benda ni
Nama: Asam Geluggor
Kegunaan: Asam

Bila tunjuk benda ni kat ibu
Ibu: Dekat mana dapat ni?
Saya: Kat Kg Orang Asli, amek bagi
Ibu: Kenapa tak beli dari mereka
Saya: Baru jumpa benda ni, itu pun diorang bagi.
         Feeling excited!



Petang, bermain dengan permata syurga...
Ada permata ini yang bercakap menggunakan bahasa temiar
Frankly speaking, I could not understand what he's speaking
I told him to speak Malay language which is I could understand his said
But he continuously speaking in his language
However, InshaAllah I am forward learning this language



Lepas bermain dengan permata syurga...
Iftar pula bersama mereka
Jika selama ini, hanya berbuka puasa di rumah
kali ini, Allah izinkan rasa suasana yang berbeza
makan di tengah kawasan kg
makan bersama mereka
terasa keindahan puasa
cinta kesyukuran dirasai bersama

                                     
     Pandangan sebelum maghrib



Tarbiyah mereka dengan diberikan soalan agama 
Orang kg turut serta
tak kira usia
Moga hari itu menjadi berkah
dari tuhan yang menciptakan isi dunia

Bertarawih di kawasan lapang
Bagai menadah keberkatan dariNya
Doakan mereka terus beristiqamah
Agar menjadi tonggak islam di Kg sekeliling mereka 



Kredit gambar: Ihram Projek

Hari kedua...
Singgah di Kg Larek
Kampung yg membuka mata
Jiwa terasa terpesona
Alangkah beruntung jiwa 
Melihat mereka sebagai asbab untuk lebih bersyukur
Ada cerita mereka yang tersembunyi
tapi ada cerita dibicara dek dilihat zahirnya 

Jika sebelum ini, kg pertama dilihat dek kerana fasilitinya
kali ini rumah yang dihuninya

Pintu rumah hanya dilitupi zink yang berkarat
Ditambah lagi
Rumah yang berlubang 
Bagaimana jika angin malam mencengkam sumsumnya yang sudah separuh abad
Mampukah selimut yang membaluti tubuh badan melegakannya
Sehingga menanti waktu fajar menjelma? 



Jika di kg Husin ada musangnya
kali ini di kg Larek
berjumpa pula dengan monyetnya



Kedatangan kami disambut dengan kemeriahan
Kepulangan kami diberikan bekalan kasih sayang 
Walaupun sebentar bersinggah di tempat orang
Itulah lumrah kehidupan!

Singgah untuk cedok Pengalaman
Dari jiwa-jiwa mereka sebagai tarbiyah harian

Thursday, 17 July 2014

Roses for 18th Mandela International Day


This is going to be happening, I am excited!!!
Global Peace Malaysia has set up an activity for Malaysian to join...
See you guys at Kelana Jaya, KL Sentral and The Curve. 

A day before, which mean on 17th July...

I've received a notification from Facebook at one of my university pages. My first impression was, "what is it? and it looks different" and I pressed the message button and asked a sister for information.

In my minds, I have no idea what Mandela day all about and the worst is I do not know who's actually Nelson Mandela, man or woman.

Yesterday, I got an email, it sounds like this;
-Need assistance for the flower preparation on Thursday(17 of July), 6pm @ Kelana Jaya Centre Point*.

I went to Kelana Jaya Centre Point and met up some people there. Different religion, different culture, different country. They are such an amazing people I've ever met and sharing some stories of us.

Below pictures are what we have done. Please do support us! It's all about 1500 roses will be giving free away for you and of course I am really exciting waiting the day.

General Program:

4:30: Meet Up at KL Sentral Starbucks (those who chose KL Sentral). 
           Meet Up at The Fountain at the Curve (for those who chose The Curve)
5:00 to 6:30: Flower for peace
6:30 to 7:30: Travel to the Curve
7:30: Buka Puasa together ( Meal will be provided but please confirm your attendance to me)
7:30 to 8:30: Eat and Digest
8:30:Flash Mob 
8:45 onward: other activities

Still didn't get the idea???
Ok let me explains to you in simplest words

Here are some information what exactly Mandela Day all about...
The world is troubled recently by a rise of extremism. It’s an epidemic that breeds lack of empathy leading to building blocks of distrust in the society.

The 18th of July has been declared by the UN to be the “Nelson Mandela International Day” to acknowledge his contribution to the struggle for democracy internationally and the promotion of a culture of peace throughout the world. The world is called to take action and inspire change, making everyday a Mandela Day. 

On this day, The Global Peace Volunteers (GPV) is getting together on Nelson Mandela International Day to promote togetherness and message of unity for our common humanity by performing act of kindness and spread positivity to the public. The acts not only promote giving but connect people beyond boundaries to create a ripple effect of positivity and kindness.
Google it if you are exciting to know more about it
https://www.facebook.com/GPVMalaysia

~Take Action Inspire Change Make Every day A Mandela Day ~ 


The 'Flower for Peace' workshop going on to prepare for Nelson Mandela Day tomorrow.


Those Flowers are just for you 




NELSON MANDELA 
*All descriptions and words are credits to:- https://www.facebook.com/GPVMalaysia

Why play small? Let's be GREAT instead


The team is excited to see all of us transforming the society 
in our very own small,meaningful actions. 
Here's another quote by Mandela to keep you guys inspired


P/S: Maybe you haven't heard, but we love being stalked by inspiring people like you . Please do so by following us on our Instagram and Twitter accounts:

Insta: @globalpeacevolunteer

Twitter: @GPVolunteerMsia


One of the greatest leaders of our time, and for us to live by his examples! 
Here's a great quote by Madiba himself to kickstart an awesome week ahead




Monday, 14 July 2014

Puasa pertama 2014 berpuasa di Kampung Orang Asli

28-29 Jun 2014

28 Jun

Pertama kali berpeluang menjejakkan kaki di bumi bertuah, Kg Orang Asli Abu berdekatan dengan Cameron Highland, Pahang. Perjalanan krew mengambil masa 3 jam untuk tiba di sana. 

Masa mula-mula saya tiba di sana seawal 11pagi, saya disambut dengan 3 permata syurga yang membuatkan hati saya berpaut untuk mengenali mereka. Mereka berdiri di luar markas Comrade ini dari jauh, melihat kedatangan abang dan akak UIA. ( Saya bukan dari UIA). 


I have told my friend, " I really wanna take some pictures with them, the thing is I am so shy. Could you help me?"



3 Orang Permata Syurga

Setengah hari bersama mereka, satu perkara yang saya perasan. Mereka tidak berselipar. Secara jujurnya, saya agak terperanjat. Dari kecil, saya diwajibkan untuk berkasut. Kelaianan yang saya nampak kepada mereka membuatkan saya berfikir. Adakah mereka tidak takut sekiranya ada benda tajam terkena kaki mereka? Adakah mereka tidak takut sekiranya ada semut api atau serangga yang menggigit mereka? 

I asked my friend, " why are they not wearing the shoes? How if something happen to them?"

I really shocked with my friend's answer, " it's normal not to put shoes"

I replied, " oh really?, It is a new for me! thanks"

Aktiviti Tengahari...

Saya diberi kumpulan, dalam kumpulan saya terdiri 6 orang. Saya hanya mengikut senior, saya banyak belajar melihat bagaimana senior saya bergaul dengan orang asli..

3 Perkataan baru yang saya belajar.
1. Amek (Mak Cik)
2. Abe (Pak Cik)
3. Anjak ( Kalau tidak silap, Panggilan lebih tua dari Amek)

Mula-mula nak ingat memang susah, boleh pula tertukar...nak panggil amek terpanggil abe. Kadang-kadang tu nak sebut abe tersebut abeh ( panggilan abang negeri Kelantan). Sebaik kawan, asyik tolong betulkan. 

Mereka diberi poster, mengenai do and don't during fasting. Poster itu ditampal dirumah mereka. 

Selesai tugas melawat rumah Kg Abu habis lewat tengahari, kami bersembahyang berjemaah di kawasan lapang. Bayangkan permata syurga  ini bersemangat untuk mengambil air sembahyang. Yang melucukan, ada yang separuh badan basah dek kerana ambil wuduk. Permata syurga ini mahu ikut tunjuk ajar abang akak ini cara mengambil wuduk yang betul. Ya Allah, begitu hebat jiwa-jiwa mereka. Jika minda dihiasi dengan ajaran agama dari kecil, InshaAllah mereka bakal menjadi mujahid mujahidah di kg mereka. Doakan mereka. Amin. 

Aktiviti Petang

Belajar Sambil Berpotluck

Belajar yang terlalu lama mungkin agak membosankan dan membuat kanak-kanak tidak berminat untuk belajar. Jadi kami sediakan mereka modul mengenai berpuasa sambil berpotluck. 

Mereka berguling, itu biasa...raikan keseronakkan mereka bersama, itu lebih membahagiakan mereka. 



Permata Syurga mahu berjihad belajar ilmu tuhan, hebatkan mereka?


Kagum melihat kehebatan anak-anak syurga ini membentangkan kanvas untuk menuntut ilmu di bawah pokok selama 2 hari. Mereka belajar sambil ber'potluck' dan tidak jemu untuk ditarbiyah dengan konsep puasa dan mengenal tuhan walaupun sudah satu jam berlalu..Mereka masih sangat 'hyperactive' untuk menjawab soalan agama.

Jiwa mereka, menginsafkan diri saya ketika di dewan kuliah, sibuk dengan tumpuan lain di kuliah. Tetapi mereka, meletakkan fokus yang tinggi untuk belajar ilmu Allah. Allahu robbi. Adakalanya, permata syurga inilah yang sebenarnya mengajar kita kebahagian, memberi kita kesedaran tanpa sedar ataupun menegur kita dalam senyap rupanya, cukup sekadar perbuatan mereka yang mencuit hati. 







Sudah Petang la abang akak,  time to play!



 
I used to play when I was a kid, I called it as 'ting ting'



Gasing Tradisional 



Apa yang menarik ialah, 


kanak-kanak ini menajamkan gasing ini menggunakan penutup tin susun. MashaAllah, mereka sangatlah kreatif menggunakan ciptaan tuhan. 

Apatah lagi, saya belum pernah melihat gasing tradisional sehinggalah saya berusia 21 tahun. Peluang belajar main sikit-sikit dari mereka. Mereka tidak kedekut untuk mengajar saya bermain gasing. 


Permata Syurga ini tolong tunjuk ajarkan, Syukran Adik Fazura!


Apabila petang, anak-anak akan berkeriangan bermain di sekitar rumah mereka. Mereka sangat akrab antara satu sama lain. 

Waktu Malam...

Apabila waktu malam, mereka akan menetap di rumah dan tiada yang berkeliaran atau lepak di luar rumah. 

Kagum melihat orang kampung,orang kg juga tidak ketinggalan untuk turut sertai berjemaah bersama untuk bertarawih dan bangun pagi untuk solat subuh dan mendengar tazkirah oleh akhi UIA walaupun anak-anak UIA hanya menggunakan lilin untuk bersembahyang. 

Abang Akak ini walaupun tidak dibekalkan dengan elektrik, mereka masih gigih masak untuk memberikan makanan sahur untuk orang kampung. It was such an awesome memories ;) and of course I won't forget it!

Kekurangan mereka sangat menyentuh hati anak-anak bandar seperti saya yang selama ini sentiasa dihidangkan dengan kesenangan. Petik suis, lampu bernyala, kipas berpusing...

Surau di kg mereka masih tidak wujud lagi. Doakan surau di Kg bakal wujud suatu hari nanti.


*program abangakak UIA, banyak belajar dari mereka, mereka mengambil insentif sendiri untuk berdakwah di Kg Abu, Kg Senangkar, Kg Teji. 




29 Jun
Aktiviti Subuh...

Mengejutkan orang kg untuk bersahur dengan memberi kurma dan lauk pauk untuk mereka sebagai buah tangan. 

Perkara yang saya belajar, orang kampung menerima kedatangan kami dengan senyuman di waktu pagi walaupun mereka sibuk dengan menyiapkan keluarga untuk bersahur. 

Secara konklusi, terimalah tetamu dengan hati terbuka. Hati terbuka akan membentuk kasih sayang antara manusia dengan senyuman. 

Aktiviti Pagi- Tengahari...

Seawal 9 pagi, saya ditugaskan bersama ahli yang lain untuk memberikan beras. Saya juga diberitahu oleh akak senior...

"Ain, beras bagi mereka adalah makanan paling mewah!!!"

"Ya Allah, at that moment, I said to myself, I must have to be grateful!... I shouldn't wasting my food easily. I should think that how grateful when I have everything in front of my eyes!" 

Semasa hendak pulang, 

tengah sibuk hendak pulang untuk menuju pulang, seorang permata syurga, Atikah dia menunggu di pintu pagar comrade memandang saya dan kawan tanpa berkata apa-apa. Dengan dengan hati yang penuh sayu, saya hanya mampu berkata, InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi sayang! 



Kesimpulan untuk 2 hari 


Kedatangan kami disambut dengan kemeriahan
Kepulangan kami diberikan bekalan kasih sayang 
Walaupun sebentar bersinggah di tempat orang
Itulah lumrah kehidupan!

Singgah untuk cedok Pengalaman
Dari jiwa-jiwa mereka sebagai tarbiyah harian


Objektif Program Ini

(Penerangan dibawah diambil dari Facebook Ihram Project) 


☆IHRAM PROJECT-KG TEJI, KG ABU & KG SENANGKAR CAMERON HIGHLANDS PAHANG☆
PASCA PROGRAM (28-29 JUN 2014)

ALHAMDULILLAH, IHRAM PROJECT bekerjasama dengan kelab ALUMNI COMRADE UIAM telah berada di perkampungan ini pada minggu lepas.

Kempen Seorang Sekampit Beras(KSSB) telah diserahkan pada 55 Rumah Saudara baru di kawasan ini..


Pada masa yang sama, sukarelawan mengadakan tuisyen untuk kanak2 Orang Asli, Solat sunat terawikh hari pertama, Sahur berjemaah hari pertama di sini bersama penduduk kampung.

Terima kasih pada semua yang terlibat. Semoga segala amalan kita diterima Allah jua..


Salam Perjuangan, 

IHRAM Project @

Yayasan Al-Khalifah