AISKRIM OSDA
Penulis Cerpen: 2indworld
(Kredit: Google)
AISKRIM
OSDA
Penulis
Cerpen: 2indworld
Kring…Kring….Bunyi loceng aiskrim pakcik
Saad. Aku tinggal di rumah flat akan terus berlari keanak-anakkan meneruni
tangga dari tingkat empat apabila terdengar bunyi loceng aiskrim pakcik Saad. Kebiasaannya,
Pakcik Saad akan datang pada pukul 11pagi.
Sebelum turun, aku ada satu perangai
iaitu takut kena tinggal oleh Pakcik Saad ini. Maklumlah bila tiada pelanggan,
pakcik itu akan berlalu pergi. Kadang-kadang aku tak perasaan pun pakcik Saad
datang. Bunyi loceng aiskrimnya yang terakhir baru aku terdengar.
“Pakcik…” aku menjerit sekuat hati dari
tingkat atas. Budak umur 10 tahun mana ada perasaan. “Tunggu…saya hendak turun,
saya hendak beli ais krim.” Aku begitu bersungguh minta pakcik itu tunggu.
Lewat pagi itu, ibu sibuk memasak di
dapur, “Ibu, Fatihah hendak beli ais krim, Nanti pakcik itu tinggalkan
Fatihah,” aku terus memujuk ibu untuk memberi RM0.50. Selepas berterima kasih
dengan ibu, aku terus berlari-lari demi mendapatkan aiskrim.
Aku termengah-mengah bila sudah sampai
dibawah, toleh kekiri pakcik itu sudah meninggalkan aku. Mungkin lama sangat
dia tunggu tadi atau dia sendiri fikir budak-budak hendak mainkan dia. Apalagi
aku pun kejar pakcik Saad ini yang tengah mengayuh becanya.
Sekali lagi dari jauh aku menjerit,
“Pakcik…pakcik…tunggu saya” aku memanggilnya dari jauh. Ada dalam lebih kurang
20 meter. Pakcik Saad terus menoleh kebelakang, aku rasa sangat lega dia
mendengar suara aku.
“Pakcik, saya hendak beli aiskrim…” sambil
cuba mengambil nafas dek tercungap-cungap berlari tadi.
“Anak…pakcik hendak cepat ini, sudah
lambat hendak ke surau,” balas pakcik Saad dengan nada yang agak risau. Masa
itu azan Zohor baru sahaja berkumandang.
Aku masih berdiri tegak dihadapan pakcik
itu tanpa mahu berganjak pun. Aku sudah terlambat. Itulah masa pakcik itu
datang, berlengah-lengah hendak habiskan cerita Power Rangers. Aku dapat
menganggak pakcik ini mahu cepat seolah-olah dia tidak kisah aiskrimnya tidak
dapat dijual.
“Tidak mengapalah pakcik, terima kasih.”
Aku memuncungkan mulutku. Aku agak kecewa kerana pakcik ini tidak mahu menjual
aiskrimnya.
Melihat riak wajah aku mahu berpusing
kebelakang dan berlalu pergi pakcik itu memanggil aku, “Anak…sini.”
Aku melonjak gembira apabila pakcik itu
berkata, “Anak…mahu berapa?” sambil membuka tong biskut yang diletakkannya kon
aiskrim.
“Satu pakcik. Saya hendak aiskrim coklat
boleh?”
“Maaf, anak. Aiskrim coklat tidak ada
hari ini.” Sambil bersabar melayan kerenah aku.
“Tak apalah pakcik. Mana-mana pun
boleh.” Selepas dapat aiskrim, seronok bukan kepalang. Aiskrim pakcik ini lain
dari yang lain. Sebab itu lah tidak hairan kadang-kadang aku sanggup kejar
pakcik ini sampai ke blok lain.
Sampai dirumah, aku menikmati aiskrim
pakcik Saad ini. Aku terus ke dapur untuk bertanyakan soalan kepada ibu. “Ibu,
aiskrim pakcik ini sangat sedap. Unik rasanya.” Aku bercerita kepada ibu betapa
seronoknya makan aiskrim pakcik ini setiap kali dia datang.
“Cuba teka kenapa sedap?” ibu
mempersoalkan aku balik.
Aku menjungkit bahu aku, “Entah tak
tahu. Kenapa ibu?” Ibu sempat lagi tersenyum melihat gelagat anak kecilnya
sampai menggigit-gigit kon tersebut dengan muka yang comot.
“Ibu dapat tahu pakcik itu buat aiskrimnya
sendiri. MashaAllah, Kalau kamu rasa aiskrim ini unik, namanya pun unik juga.
Jenama aiskrim pakcik ini OSDA. OSDA itu bermaksud Orang Sabar Disayangi Allah.
Jadi, anak ibu ini, bila besar nanti jadi orang yang sabar ya.” sambil ibu
mencuit hidungku.
Itulah kali terakhir aku membeli aiskrim
pakcik Saad.
***
Aku membuka suapan berita di Facebook.
Tiba-tiba aku ternampak kawanku berkongsi artikel mengenai pakcik Saad ini di
Facebook.
Aku membaca artikel tersebut. Kini aku
berusia 21 tahun. Tiba-tiba terasa rindu dengan aiskrim OSDA pakcik Saad.
Kisah
Pakcik Saad menjual aiskrim demi PhDnya
Siapa tidak kenal dengan seorang lelaki
yang berjubah dan berserban yang menjual aiskrim di sekitar Sri Bunga?
Penemubual yang mahu dikenali sebagai En Razak menceritakan pengalaman beliau
menemubual pakcik ini. Dikatakan, pakcik Saad ini datang dari Surabaya. Dia
menyara perbelanjaan PhDnya dengan membawa beca menjual aiskrim OSDA di sekitar
kawasan Taman Anggerik dan Taman Bunga Raya pada setiap hari sekitar pukul 9.00
pagi sehinggalah masuk waktu zohor. Dia akan menyambungnya semula selepas Zohor
sehinggalah waktu Asar tiba.
Kegigihannya mencari rezeki mendapat
perhatian penduduk masyarakat yang mengenalinya selepas berbual dengannya.
Masih ada lagi, orang yang sanggup mencari rezeki demi PhD pada usia yang
menjangkau 50 tahun.
Beberapa komentar oleh penduduk Taman
Anggerik dan Taman Bunga di laman sosial.
Fateh: Aiskrim pakcik ini sangat sedap. Dia
buat sendiri. Sangat lembut dan berkrim. Lain dari yang ada di pasaran.
Imam
Kamal: Saad ini bila
waktu sembahyang, setiap kali itulah dia ada di masjid ini. Saya sangat
mengkagumi beliau. Beliau sangat menjaga solat jemaahnya walaupun sibuk mencari
rezeki.
Selepas membaca artikel ini, aku
berfikir sejenak di depan komputer riba. Aku cuba mengingati peristiwa yang
lepas.
Tiba-tiba teringat peristiwa pakcik ini
ketika dia bergegas mahu ke masjid sewaktu aku kecil dahulu.
“Allah, apa pengajaran yang hendak
Engkau sampaikan kepada aku?” Aku bersoal kembali kepada diriku. Tidak ada
kejadian yang berlaku tanpa kehendakNya.
Apabila difikirkan balik, rupanya Allah
hendak ingatkan aku agar menyegerakan solat diawal waktu. Selain itu, berbalik
apa tanggungjawab aku sebagai khalifah. Aku tak pernah merasai kesusahan hendak
belajar. Semuanya ditanggung oleh ibu ayah. Berbeza dengan pakcik ini, berjihad
mendapatkan ilmu Allah.
Allahurabbi. Aku baru tersedar yang menjadi
seorang khalifah di muka bumi ini perlukan kekuatan. Pakcik ini sangat hebat.
Dalam dunia ini, sehebat mana pun kita, suatu hari nanti kita akan dipulangkan
kepada pencipta dengan amalan dan taqwa sahaja.
Pakcik ini sanggup meninggalkan dunia
sebentar demi berjumpa dengan Allah pada awal waktu.
Pakcik ini amat yakin rezekinya tidak
pernah tertukar. Ikutkan boleh sahaja dia berjual beli ketika azan tetapi dia
meninggalkannya untuk sementara waktu.
Pakcik ini boleh sahaja duduk dirumah
dan menjual aiskrim bukan disebabkan mahu menampung perbelanjaan PhDnya dan
meminta mana-mana orang yang hendak membiayainya mencapai cita-cita, tetapi dia
tidak berbuat demikian.
Malunya aku. Baru hendak buka buku
ilmiah sudah terasa malas.
***
“Fatihah, solat…” aku tersedar dari
lamunan apabila ibu mengingat aku setiap kali azan sudah kedengaran.
MashaAllah, azan sudah berkumandang di televisyen. Setiap kali itu juga aku
akan memberi alasan sekejap lagi, lagi 5 minit Fatihah solat. Selepas 5 minit,
aku beri alasan kepada diri sendiri lagi, nantilah awal lagi, lagi 10 minitlah
aku sembanhyang. Lama-lama, lagi 10 minit hendak masuk waktu lain barulah
hendak berlari-lari ke bilik air hendak solat.
“Ya Allah, ampunilah dosaku. Aku mahu
berubah, InsyaAllah.” Selepas membaca artikel dan mengimbau kenangan dengan
pakcik itu baru aku tersedar. Alhamdulilah, aku kena menghargai hidayah ini.
Terima kasih ya Allah.
Aku terus bangun dari menghadap komputer
ribaku.
“Ibu, tunggu Fatihah. Fatihah hendak
berjemaah sekali.”
Cerpen ini pernah dihantar kesalah satu penerbitan, tetapi gagal mendapatkan maklumbalas, jadi sesiapa yang membaca cerpen ini, mungkin boleh memberi komentar.
No comments:
Post a Comment