Showing posts with label Usrah. Show all posts
Showing posts with label Usrah. Show all posts

Monday, 18 February 2019

Persediaan Umrah dan Kisah Menarik Raudah Masjid Nabawi

Persediaan Umrah, Time to Fly 
Nak dapat sweet things daripada Allah, ain fikir mesti kena usaha dulu kan? Biasanya orang yang akan mnx kita doakan. Tapi my style, ain yang bagi tahu orang, "ain nk pergi umrah, nak ain doakan apa2 tak?" Sampaikan orang yang asyik lupa tu, ain ingatkan banyak lagi.

Ok, along the way, rasanya usaha cakap mulut mcm gagal jer. Jadi, ain sediakan buku kecik. Buku ni la ain promote lagi, "ain nak pergi umrah, tulis la dalam buku".

Dalam usaha kedua nk mengumpul doa orang, ain ternampak ad install famous share sedekah di Mekah. Ain gunakan cara ni utk promote kat orang, " kat sini ad tempat utk sedekah faqir miskin, nak ain doakan tak apa2 kat sana".

Sweet things Allah bagi kat Malaysia sblm flight, sehari sebelum flight, ada aunty ni bank in duit belanja padahal rasanya dia adalah orang yang ak tak bagi tau pun. Dengan duit dia, officially Ain jejak mekah & madinah tak guna duit sendiri (FREE).

Kisah Sweethings Raudah, Masjid Nabawi
#BaiknyaAllah

Hari Pertama Raudah, Masjid Nabawi
Raudah paling saat dinantikan Dan diburui oleh sesiapa yang menjejak Masjid Nabawi. Tempatnya hanyalah seluas 3x ganda viva, Itulah kawasan yang direbut oleh seluruh dunia.

Bermulalah pemburuan pertama masuk ke Raudah. Tapi semasa menunggu pintu Raudah dibuka, I made deal with Allah.

'Dalam rezeki ain pergi umrah, ad bahagian (rezeki) orang lain'. Ain bawa doa orang ni ya Allah, mereka juga sebahagian dari sini. Mudahkan la masuk Raudah."

It happened. Pintu Raudah terbuka ditempat ain duduk. Itulah #sweethings Allah bagi Kali pertama dan terakhir. Sbb Hari lain, pintu tak dibuka tempat ain duduk pun.

Sepanjang laluan ke Raudah, tiada orang yang tolak langsung pun. Malah dah sampai karpet hijau, tiada satu manusia pun tolak/berebut ruang dengan kami. Ain pula excited, "ibu, karpet hiiau! karpet hijau!"
Seolah2 ruang solat itu, Allah sediakan specifically utk kami. Seusai solat, " eh, mcam tak ad orang jer, solat lagi la."  Itulah saat paling lama disana.

Kerana kiriman doa kalian sblm ain berangkat ke madinah, itu perkara paling sweet ain terima disana.

Selepas dapat sweet things Dari Allah, terus ain up WhatsApp status lagi "does anyone wants to make any duas?"

Hari Kedua Raudah, Masjid Nabawi
Percubaan hari kedua nak masuk Raudah, Kali ni baru ad orang tolak kami, hehe... baru terasa mcam ad orang.

Bila dapat berpijak dikarpet hijau, ada hamba Allah terus menghulurkan tangan seolah2 ingin mengatakan, 'Selamat datang, jemputlah solat'. Dia jaga kawasan kami solat sehingga tiada orang lain melintasi tempat solat sehingga selesai. Tapi cara dia protect kami, bukan cara manusia yang kepong kawasan atau cover area menghulurkan tangan untuk menghalang orang langkah kita. DIA hanya berdiri sahaja belah Kiri kami sahaja. Selepas solat, ain cakap. "Jazakillah khayr, Jazakillah khayr", DIA hanya memandang ain separuh pandangan tanpa berkata apa2. Ain pandang jer muka dia, pipi dia kemerah-merahan, nampak orang yang sangat lemah lembut, dan sopan.

I feel too weird and then I left the Raudah happily.

I could feel all these sweet things happened because I received all your duas.

Kerana doa kalian, ain belajar benda yang paling penting. On 1st day, ain mendoakan doa kalian dan terfikir, "Suci sangat ke aku sampai nak minta kat Allah mcm tu jer?"...

Sejak dari hari tu, setiap hari sebelum ain berdoa, ain akan solat taubat for myself & solat hajat utk kalian agar Allah dengar & kabulkan kiriman doa.

Tuesday, 14 April 2015

Pengisian Usrah Pertama Menjadi Murrobi: Kelebihan Usrah

Usrah pertama menjadi murobi
Satu pelajaran satu cabaran.

Akhirnya, perjumpaan yang pertama seorang sahaja yang datang.
Alhamdulilah, daripada tak ada…

09/04/2015
Terasa berat tanggungjawab.
Sebab itu kita dipilih jadi khalifah kan?
Sampaikan bagi kat gunung ganang, tak mahu…
Muhasabah!

Pengisian Pertama,

Baca AlQuran wajib sebab
Kita ini hari-hari solat 5x sekali, tak termasuk yang lain…Minta petunjuk…
Cuba kita kira berapa banyak kita mohon petunjuk….banyak kan?
Lepas tu dalam surah Al-Baqarah selepas surah AlFatihah yang kita baca hari-hari itu, Allah kata
dalam ayat 2: Kitab (Alquran) ini tiada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa.
Nota kaki: Taqwa tu…mengikuti segala perintah Allah dan menjauhi larangannya

Perasaan tak satu perkara
Kita minta Allah bagi
Kita tanya Allah jawab
Bila Allah dah jawab
Kita ambil tahu ke buat-buat tak tahu?




Bercerita mengenai rukun usrah
1. Taaruf
2. Tafahum
3. Takaful 





Saya lanjutkan lagi, kelebihan usrah daripada pengalaman sendiri
1. Baiah Solehah
 Kita yang tidak duduk dalam baiah (suasana), susah nak rasa kefahaman Islam. Jurusan kita yang tak ada matapelajaran agama lagilah tak menampakkan kita kena dan wajib belajar mengenai Islam.

Kalau rasa nak pergi belajar agama pandai-pandailah kena cari, kalau malas jadilah kitaran hidup yang membosankan, Belajar, Esaimen, Makan, Tidur pusing balik sampailah kita graduate.


2. Iman Naik Turun
Kita manusia, ada iman naik dan turun. Kita tidak mahu masa iman kita turun golek2 sampai tak nampak jalan nak bangkit. Lepas itu buat benda-benda yang merapu, yang kita rasakan ok, padahal Allah kata tak ok.
“Katakanlah (Muhammad), “Tidaklah sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya keburukan itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang mempunyai akal yang sihat, agar kamu beruntung” (Surah Al Maidah 5:100)

Sekurang-kurangnya kita pergi usrah masa iman tu nak jatuh, kita sempat nak naikkan balik. Sebab ada sahaja perbincangan yang kadang-kadang terkena dekat batang hidung sendiri, masa itu baru hendak sedar, “Aah, patutnya aku kena jadi/buat macam ni” (monolog seorang diri)
Kita nak kalau boleh iman kita dalam keadaan yang moderate, kalau futur(lemah semangat), tergelincir sekejap sahaja. Sebab itu kita ada usrah seminggu sekali.


3. Teguran
Kalau di universiti, nak baca alquran atau tidak, mau ingat-ingat sendirilah. Salah betul pandailah… Dapat pula ada orang dengar kita baca tergagap, lagilah suruh kita cari cikgu…Dapat uni memang tak jumpa ustazah/ustaz gimana tu?
Sebab itu usrah, ada yang saling tegur mengur bacaan kita
Kalau kita jadi nakal, orang akan kata, “Biasalah tu kat university semua bebas. Sebab itu jadi macam tu”
Kalau berada dalam usrah, akan ada orang yang perasaan perubahan kita sebab kita makin lama makin dekat, makin lama makin sayang.

                                        

4. Tadabur Alquran
Selalunya, kita nak baca Alquran satu mukasurat pun susah, sebab seorang-seorang. Lepas itu, baca terjemahan, lepas tu, HABIS.
Tapi kalau diusrah, kita tidak ad sijil agama, tak tahu nak tafsir apa.
Kita bincang banyak isu. Kita berfikir, ayat itu seolah-olah terkena dekat kita, meresap dalam jiwa.
Memang sedih, bila kita belajar tadabur, banyak benda kita tak terfikir selama ini.
Bila kaitkan alquran dengan kehidupan kita memang sangat dekat.
Allahu 

5. Sharing is Caring
Bila ada masalah, kita akan cari kawan sekepala. Bila dalam usrah, bila ada masalah, kita nak cari orang yang bagi bantuan dalam fikrah islam.
A: Aku ada masalah dengan lecturer aku
B1: Biasalah lecturer, memang tak betul sikit, biarlah dia.
B2: Cuba check hubungan dengan sesama manusia, mungkin ada kekurangan kita yang patut kita baiki
Beza tak jawapan B1 n B2. Mana nak pilihan kawan kita? Yang kaitkan Allah, Nabi Muhammad, Islam @ sebaliknya?

6. Mutabaah Amal 
Kalau macam kita yang susah hendak topup sunat, kita rasa ok jer.
Tapi bila dah join usrah, Saya ternampak naqibah saya solat sunat. Dia tak ajak dan tak ada pula menyuruh-yuruh untuk solat sunat. Tapi saya tengok jer akhlak dia. Akhirnya, secara tak langsung kekuatan itu datang sendiri.

                                          



7. Dari yang tak baik kepada baik
kalau dulu perangai panas baran, lepas nampak cara naqibah yang berlemah lembut, calm dalam handle urusan, kita pun akan cair nak ikut kan?
Kalau dulu malas nak solat subuh @ bersubuh dengan gajah, Masuk usrah kita dengar kawan-kawan kita yang menyesal bangun lambat 6.30pagi. Terasa tak? Kita pun malu dan berubah secara senyap-senyap

8. Borak-borak Islam
Pernah ada group whatsapp dengan kawan-kawan lama? Cuba baca pengisian itu? Ada tambah iman? Ada peluang borak-borak yang hendak mengingati kita kepada Allah. Bukankah kita kena ingat Allah itu sepanjang masa? Macam mana hendak ingat, kalau kehidupan kita pun susah nak berborak mengenai mutabaah amal, sirah, aqidah dalam perbualan yang menyeronokkan?

9.  Pengaruh kuat
Pengaruh apa? Pengaruh untuk mendalami ilmu agama, Dalam usrah ada hafazan, kena hafal hadith. Kalau macam kita yang sorang-sorang hidup, mana nak datang kekuatan, melainkan rajin pergi program luar dan cari sorang-sorang.
Dalam usrah ada daurah dan sebagainya. Disitu kita dilatih lagi, untuk menampakkan Islam itu syumul.

10. Ukhwah
Kita bersahabat kerana Allah. Bila kerana Allah, kita senang ke nak tikam kawan dari belakang? Sebab Allah mendahului segala-galanya. Kita bersilaturrahim dengan pelbagai university, negeri dan sebagainya.

Ada banyak lagi nak cerita tapi lagi best kita sendiri yang melaluinya. Lagi manis!