Thursday, 27 July 2017

Asas Marketing Facebook

 Tips Buzz Marketing

 Promote  2-5 days earlier
 Audiens
Budget Planning
Boost Post Button
Side Bar
Komen (Question)
Reply/ Respon

7 Sebab Kena Guna Page Untuk Bisnes
 Unlimited Fan
Private Message (Saved Reply Template)
Publishing Tool (Schedule, Draft)
Page Insight
Page Role
Page Moderation
Run Iklan


Jenis-Jenis Page:- Local Business Page
Cara buat Page
3 Jenis Name Page
1.       Nama Kedai:  Kedai __________
2.       Nama Produk/Brand
-Pengedar Sah  _________
* (Halib’s Dan Susu Suffy)
 *(Sarah Coway)
- Agent
-Stokis
3.       Umum
-Tips * untuk Ibu mengandung
-Petua
-Cara  *bina badan


Retargating
1.       Awareness
2.       Update (Ubah gambar, process)
3.       Trust
4.       Bezakan Pesaing
5.       Meningkatkan Sale ( ROI)
6.       Database (excel, Notepad) ( Orang yang like tu boleh retargating) 

Kentang Cheese Balls

Dalam bahasa Inggeris, Potato Cheese Balls.

Homemade no preservatives.

Dah pernah buat, sedap.

Kredit: Owner dalam gambar ini. Saya ambil dari FB dan buat simpanan. Saya ada guna ayam, saya tak berapa suka sangat. Daging lagi sedap.









Belajar Asas Photoshop: Mock Up

Belajar Asas Photoshop untuk buat Mock Up secara mudah.
Klik DI SINI Belajar Setting Photoshop.

Gambar 1 

Ini contoh gambar yang diambil dari google images, " Mockup psd @ Mockup" Nanti akan keluar banyak contoh.


1. Google images,  " Mockup psd @ Mockup"
2. Ini contoh latihan yang saya buat dalam kelas

Gambar 2 

Gambar 3. Siap 

3. Masukkan Gambar 2 kedalah Gambar No 1 (drag button). Untuk Adjust supaya boleh masuk dalam Gambar 1. Gunakan Ctrl dan mouse @  (Ctrl T - Jangan lepaskan dan point out kat bucu gambar) 

Tip: Kalau gambar besar untuk kecilkannya mengikut saiz dihendaki, gunakan 

4. SIAP. 



Ini contoh yang dihasilkan oleh saya. Google images 'Billboard mockup'

Belajar Asas Photoshop

Jom belajar asas Photoshop secara percuma, ilmu secara percuma bagi yang mula-mula mahu menjinakkan diri dalam Photoshop, tapi tak tahu mula dari mana.

Saya belajar kelas ini di UIA (saya orang luar) secara berbayar, dan masa tu keinginan yang tinggi untuk belajar, sanggup naik bas dari rumah.

First thing first.

To start up your work, click on the “file” and choose “new (Ctrl + N)” 


Ini paparan yang akan keluar. 

Macam mana nak setting width, height, resolution? 



    1.Preset
International Paper, Boleh pilih hendak stardard apa. Standard Poster:- A3, A4, A5, 

2.  Resolution
Minimum resolution is 300, banner resolution is 100.

Banner: 2’ x 5’
1 kaki: 12 inches
Width: 2 feets: 24 inches
Height: 5’ x 12 = 60 


3. Color Mode
Bitmap

Grayscale: 
To save cost for printing, use this format to control the saturation color of gray, white,         black.  RGB color suitable for projector, screen, mobile
Example posted on Facabook, social media

More to display:
CMYK color
Purpose for printing you choose, CMYK color
Nota tambahan:
From cmyk to rgb pertukaran warna tak banyak
Rgb to cmyk warna boleh pudar



Tuesday, 14 July 2015

Ketuat/Corn Removal

Sape pernah kena?



Saya ada guna corncaps, beli di farmasi. Banyak kali beli tapi tak berkurang-kurangan langsung. Berhabis duit beli benda ini sebab kuantiti dalam paket sikit, harganya :D 

Lagi satu kekurangan corncaps ini, bagi saya yang menggunakannya ialah: saya hendak solat zohor, asar, maghrib, isyak. Kalau nak kena retain it more than 4 hours, susah. Tambah lagi kena kat tempat kena tempak ambil air wuduk tu.  Nak kena tanggal benda ini, lepas tu gam pun lama-lama boleh hilang. 


Jadi, saya pergi ke klinik UiTM, klinik bawah kolej. Alternatif yang lain pula sekian corncaps ini tidak memberi kesan apa-apa, tapi memberi kesan kepada duit saya sebagai pelajar. 





Dapat yang ini, percuma :D 

Ini dalam bentuk cecair, rasanya ada sahaja jual kat farmasi, recommended! Sebab Alhamdulilah saya pakai hilang ketuat saya, tapi kena sabar adalah dalam 2-3bulan baru hilang, lagipun tak konsisten pakai. 

Preferably use this method, sebab kalau masa tu rajin nak pakai 12tghr, solat zhohor nak masuk pukul 1.30 tengahari. Jadi nanti boleh basuh dan lepas solat pakai balik. Lepas hilang ketuat ini pun, x habis lagi ubat ini.

Penjimatan la kat sini :)

How to use DuoFilm as said by my doctor:

1. Make sure the area is clean and dry

(Step 2 is IMPORTANT) 

2. Remove the protecting film of strip. 
Bahagian atas tu cungkil dengan pin ke ( pin tu kena bersih), 
cungkil selaput atas tu ha! sebab kita nak buangkan akar dia. 
Akar ini lah selagi tak hilang, selagi itu lah, ketuat ini pun tak akan hilang.
Akar ini sentiasa menjalar, macam pokok ada akar. 

3. Drop the liquid at the corn area



Thursday, 2 July 2015

Vacation Tips for Muslimah: Snorkeling Time

Mid Semester break: Semester 6 
Student Budget and Planning :D 



Flight ticket from KL to Terengganu: 

Malindo 
[ Tempat duduk ok sangat, pergi waktu pagi dapat mineral water cup dan biscuit ]
[Perjalanan 1 Jam 30 minit]
RM 30 nett
Turun di Kelana Jaya, ada bas percuma untuk ke Subang AirPort 

Naik Teksi dari Kelana Jaya yang TAK ada Meter, boleh bayangkan la charge 
charge harganya berapa! Padahal Murah tak sampai RM10... (Masa tu bas tak kunjung-kunjung tiba)

***

Stage: Planning

Student pergi weekdays lah murah
Harga April, 2015 lepas perlaksanaan GST... 
RM280/seorang Triple & Quad Sharing +  Kena tambah Goggle tu memang ingat RM 15 

Dari Redang Lagoon 

Day 1
• 09.00 am - 11.30 am - Ride Ferry To Redang Island 
• 12.30 pm - 01.00 pm - Check In 
• 01.00 pm - 02.00 pm - Buffet Lunch
• 02.30 pm - 04.30 pm - Snorkeling Trip
• 04.30 pm - 05.30 pm - Afternoon Teas
• 07.30 pm - 09.30 pm - Buffet Dinner 
Day 2 
• 07.30 am - 08.00 am - Buffet Breakfast 
• 09.30 am - 10.00 am - Snorkeling Trip 
• 12.30 pm - 01.00 pm - Buffet Lunch 
• 02.30 pm - 04.30 pm - Snorkeling Trip 
• 04.30 pm - 05.30 pm - Afternoon Teas 
• 07.30 pm - 09.30 pm - BBQ Dinner 
Day 3 
• 07.00 am - 08.00 am - Buffet Breakfast
• 09.30 am - 10.00 am - Check-out 
• 11.00 pm - 12.30 am - Ferry Ride To Jetty Shahbandar 


Snorkeling: 3X 

Jadi Gelapnya mungkin 3X ganda, haha....

Dengan tak pakai apa2, sunblock ke apa ke...balik2 memang ramai yang tegur...
Cantik warna muka...TERBAKOR suDah

***

Tips Snorkeling ni lah nak share:

Pertama
Seluar:  pakai jenis trousers, jenis seluar nak g presentation/ kerja tu sebab masa nak swimming seluar ni sangat-sangat membantu supaya tak nampak kaki dan seluar ni tak naik ke atas sampai nampak betis. Seluar yang keras la senang cite


Sangat-sangat lah TAK disarankan pakai SELUAR SUKAN sebab masa swimming  seluar ternaik ke atas. Jenuh duk tarik-tarik seluar dalam pulau tu...hehe... last2 sekali tak menikmati pun snorkeling masa second day waktu pagi tu. Main tepi gigi pulau jer. 

Ni experiment saya  :D 

p/s: kita kena jaga aurat kan, lagipun masa selam tu takut-takut lelaki nampak pula. Adeh! 



Kedua


Stokin: Pakailah stokin anda :D Aurat-aurat tu, mungkin orang nampak pelik ko, ignore jer...Jangan Allah ignore kita dalam nak mengembirakan hati kita ni. Saya pakai warna hitam,
gambar tu gambar semata-mata

Pakai stokin yang oklah, jangan yang longgar, boleh hilang dalam pulau. Hehe...

Sampaikan ada life guard tu tegur, bg saya itu gurauan lah, nothing to take serious lah.
"Awak, pakai stokin patutlah banyak ikan mati..."


Ketiga
Pakaian: Tak payah bawa banyk2, Di Chalet Redang Lagoon tu ada ampaian, lepas main snorkeling tu boleh basuh dan akan kering. Baju Pergi tu boleh bawa baju balik. Dalam 3 Pasang sudah cukup


Keempat

Handsock: Seriously I can say it is COMPULSORY for women out there. Kalau nak tenang snorkeling, pakai tau sebab masa nak swim tu, kain cotton tu boleh la consider lembik dan lembut, jadi kain tu akan naik ke atas macam seluar sukan tu... memang nampak tangan kita tu, 
Saya pakai yang jenis contoh gmbar google ni. Senang! 


Kelima
Duit: Habis juga dalam RM400...

Sakan kat Pasar Payang, Beli Keropok2 kat sana bolehlah, nak bawa tangan untuk keluarga
Ada yang kata kat Pasar tu mahal, ada lagi satu pasar yang murah. Tapi x tahu kat mana, Lagipun masa tu Pasar itu sahaja yang buka. 

Masa balik dah bawa macam balik pasar, hehe...

Tak larat la nak jalan dari bus station...Jadi ambil beca

Terharu sangat kat orang Terengganu

Yang bawa beca itu adalah pakcik2 adalah dalam umur 55+, 
macam tak sampai hati nak suruh dia kayuh untuk kita
Sampaikan
"Pakcik berapa ya?"
"Terpulang kepada kamu, ikhlas!"

Kalau ikut jarak pakcik itu bawa memang dekat, adalah dalam 500 meter
tapi tak sangka ada juga konsep boleh bayar berapa jer. 
Tak sanggup nak bagi RM3-4 pula. Sebab  naik teksi 500meter tu tak sampai RM4

Sampai Jetty Shahbandar dah masuk solat zohor
cari2 tiket ada dalam pukul 2.30petang ataupun malam pukul 10.00malam
Nak jalan2 kan, pilihlah pukul 10.00 malam

Jadi, bawalah buku ke apa sementara nak tunggu bas selama 6 Jam. Kalau nak cepat, flight :D

http://www.redanglagoon.com/

p/s: gambar2 kat sana, boleh google. lg best menikmati sendiri disana :) 

Tuesday, 14 April 2015

Pengisian Usrah Pertama Menjadi Murrobi: Kelebihan Usrah

Usrah pertama menjadi murobi
Satu pelajaran satu cabaran.

Akhirnya, perjumpaan yang pertama seorang sahaja yang datang.
Alhamdulilah, daripada tak ada…

09/04/2015
Terasa berat tanggungjawab.
Sebab itu kita dipilih jadi khalifah kan?
Sampaikan bagi kat gunung ganang, tak mahu…
Muhasabah!

Pengisian Pertama,

Baca AlQuran wajib sebab
Kita ini hari-hari solat 5x sekali, tak termasuk yang lain…Minta petunjuk…
Cuba kita kira berapa banyak kita mohon petunjuk….banyak kan?
Lepas tu dalam surah Al-Baqarah selepas surah AlFatihah yang kita baca hari-hari itu, Allah kata
dalam ayat 2: Kitab (Alquran) ini tiada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa.
Nota kaki: Taqwa tu…mengikuti segala perintah Allah dan menjauhi larangannya

Perasaan tak satu perkara
Kita minta Allah bagi
Kita tanya Allah jawab
Bila Allah dah jawab
Kita ambil tahu ke buat-buat tak tahu?




Bercerita mengenai rukun usrah
1. Taaruf
2. Tafahum
3. Takaful 





Saya lanjutkan lagi, kelebihan usrah daripada pengalaman sendiri
1. Baiah Solehah
 Kita yang tidak duduk dalam baiah (suasana), susah nak rasa kefahaman Islam. Jurusan kita yang tak ada matapelajaran agama lagilah tak menampakkan kita kena dan wajib belajar mengenai Islam.

Kalau rasa nak pergi belajar agama pandai-pandailah kena cari, kalau malas jadilah kitaran hidup yang membosankan, Belajar, Esaimen, Makan, Tidur pusing balik sampailah kita graduate.


2. Iman Naik Turun
Kita manusia, ada iman naik dan turun. Kita tidak mahu masa iman kita turun golek2 sampai tak nampak jalan nak bangkit. Lepas itu buat benda-benda yang merapu, yang kita rasakan ok, padahal Allah kata tak ok.
“Katakanlah (Muhammad), “Tidaklah sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya keburukan itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang mempunyai akal yang sihat, agar kamu beruntung” (Surah Al Maidah 5:100)

Sekurang-kurangnya kita pergi usrah masa iman tu nak jatuh, kita sempat nak naikkan balik. Sebab ada sahaja perbincangan yang kadang-kadang terkena dekat batang hidung sendiri, masa itu baru hendak sedar, “Aah, patutnya aku kena jadi/buat macam ni” (monolog seorang diri)
Kita nak kalau boleh iman kita dalam keadaan yang moderate, kalau futur(lemah semangat), tergelincir sekejap sahaja. Sebab itu kita ada usrah seminggu sekali.


3. Teguran
Kalau di universiti, nak baca alquran atau tidak, mau ingat-ingat sendirilah. Salah betul pandailah… Dapat pula ada orang dengar kita baca tergagap, lagilah suruh kita cari cikgu…Dapat uni memang tak jumpa ustazah/ustaz gimana tu?
Sebab itu usrah, ada yang saling tegur mengur bacaan kita
Kalau kita jadi nakal, orang akan kata, “Biasalah tu kat university semua bebas. Sebab itu jadi macam tu”
Kalau berada dalam usrah, akan ada orang yang perasaan perubahan kita sebab kita makin lama makin dekat, makin lama makin sayang.

                                        

4. Tadabur Alquran
Selalunya, kita nak baca Alquran satu mukasurat pun susah, sebab seorang-seorang. Lepas itu, baca terjemahan, lepas tu, HABIS.
Tapi kalau diusrah, kita tidak ad sijil agama, tak tahu nak tafsir apa.
Kita bincang banyak isu. Kita berfikir, ayat itu seolah-olah terkena dekat kita, meresap dalam jiwa.
Memang sedih, bila kita belajar tadabur, banyak benda kita tak terfikir selama ini.
Bila kaitkan alquran dengan kehidupan kita memang sangat dekat.
Allahu 

5. Sharing is Caring
Bila ada masalah, kita akan cari kawan sekepala. Bila dalam usrah, bila ada masalah, kita nak cari orang yang bagi bantuan dalam fikrah islam.
A: Aku ada masalah dengan lecturer aku
B1: Biasalah lecturer, memang tak betul sikit, biarlah dia.
B2: Cuba check hubungan dengan sesama manusia, mungkin ada kekurangan kita yang patut kita baiki
Beza tak jawapan B1 n B2. Mana nak pilihan kawan kita? Yang kaitkan Allah, Nabi Muhammad, Islam @ sebaliknya?

6. Mutabaah Amal 
Kalau macam kita yang susah hendak topup sunat, kita rasa ok jer.
Tapi bila dah join usrah, Saya ternampak naqibah saya solat sunat. Dia tak ajak dan tak ada pula menyuruh-yuruh untuk solat sunat. Tapi saya tengok jer akhlak dia. Akhirnya, secara tak langsung kekuatan itu datang sendiri.

                                          



7. Dari yang tak baik kepada baik
kalau dulu perangai panas baran, lepas nampak cara naqibah yang berlemah lembut, calm dalam handle urusan, kita pun akan cair nak ikut kan?
Kalau dulu malas nak solat subuh @ bersubuh dengan gajah, Masuk usrah kita dengar kawan-kawan kita yang menyesal bangun lambat 6.30pagi. Terasa tak? Kita pun malu dan berubah secara senyap-senyap

8. Borak-borak Islam
Pernah ada group whatsapp dengan kawan-kawan lama? Cuba baca pengisian itu? Ada tambah iman? Ada peluang borak-borak yang hendak mengingati kita kepada Allah. Bukankah kita kena ingat Allah itu sepanjang masa? Macam mana hendak ingat, kalau kehidupan kita pun susah nak berborak mengenai mutabaah amal, sirah, aqidah dalam perbualan yang menyeronokkan?

9.  Pengaruh kuat
Pengaruh apa? Pengaruh untuk mendalami ilmu agama, Dalam usrah ada hafazan, kena hafal hadith. Kalau macam kita yang sorang-sorang hidup, mana nak datang kekuatan, melainkan rajin pergi program luar dan cari sorang-sorang.
Dalam usrah ada daurah dan sebagainya. Disitu kita dilatih lagi, untuk menampakkan Islam itu syumul.

10. Ukhwah
Kita bersahabat kerana Allah. Bila kerana Allah, kita senang ke nak tikam kawan dari belakang? Sebab Allah mendahului segala-galanya. Kita bersilaturrahim dengan pelbagai university, negeri dan sebagainya.

Ada banyak lagi nak cerita tapi lagi best kita sendiri yang melaluinya. Lagi manis! 


Monday, 23 March 2015

Aiskrim OSDA

AISKRIM OSDA 
Penulis Cerpen: 2indworld
(Kredit: Google)
AISKRIM OSDA

Penulis Cerpen: 2indworld


Kring…Kring….Bunyi loceng aiskrim pakcik Saad. Aku tinggal di rumah flat akan terus berlari keanak-anakkan meneruni tangga dari tingkat empat apabila terdengar bunyi loceng aiskrim pakcik Saad. Kebiasaannya, Pakcik Saad akan datang pada pukul 11pagi.

Sebelum turun, aku ada satu perangai iaitu takut kena tinggal oleh Pakcik Saad ini. Maklumlah bila tiada pelanggan, pakcik itu akan berlalu pergi. Kadang-kadang aku tak perasaan pun pakcik Saad datang. Bunyi loceng aiskrimnya yang terakhir baru aku terdengar.

“Pakcik…” aku menjerit sekuat hati dari tingkat atas. Budak umur 10 tahun mana ada perasaan. “Tunggu…saya hendak turun, saya hendak beli ais krim.” Aku begitu bersungguh minta pakcik itu tunggu.

Lewat pagi itu, ibu sibuk memasak di dapur, “Ibu, Fatihah hendak beli ais krim, Nanti pakcik itu tinggalkan Fatihah,” aku terus memujuk ibu untuk memberi RM0.50. Selepas berterima kasih dengan ibu, aku terus berlari-lari demi mendapatkan aiskrim.

Aku termengah-mengah bila sudah sampai dibawah, toleh kekiri pakcik itu sudah meninggalkan aku. Mungkin lama sangat dia tunggu tadi atau dia sendiri fikir budak-budak hendak mainkan dia. Apalagi aku pun kejar pakcik Saad ini yang tengah mengayuh becanya.

Sekali lagi dari jauh aku menjerit, “Pakcik…pakcik…tunggu saya” aku memanggilnya dari jauh. Ada dalam lebih kurang 20 meter. Pakcik Saad terus menoleh kebelakang, aku rasa sangat lega dia mendengar suara aku.

“Pakcik, saya hendak beli aiskrim…” sambil cuba mengambil nafas dek tercungap-cungap berlari tadi.

“Anak…pakcik hendak cepat ini, sudah lambat hendak ke surau,” balas pakcik Saad dengan nada yang agak risau. Masa itu azan Zohor baru sahaja berkumandang.

Aku masih berdiri tegak dihadapan pakcik itu tanpa mahu berganjak pun. Aku sudah terlambat. Itulah masa pakcik itu datang, berlengah-lengah hendak habiskan cerita Power Rangers. Aku dapat menganggak pakcik ini mahu cepat seolah-olah dia tidak kisah aiskrimnya tidak dapat dijual.

“Tidak mengapalah pakcik, terima kasih.” Aku memuncungkan mulutku. Aku agak kecewa kerana pakcik ini tidak mahu menjual aiskrimnya.

Melihat riak wajah aku mahu berpusing kebelakang dan berlalu pergi pakcik itu memanggil aku, “Anak…sini.”

Aku melonjak gembira apabila pakcik itu berkata, “Anak…mahu berapa?” sambil membuka tong biskut yang diletakkannya kon aiskrim.

“Satu pakcik. Saya hendak aiskrim coklat boleh?”

“Maaf, anak. Aiskrim coklat tidak ada hari ini.” Sambil bersabar melayan kerenah aku.

“Tak apalah pakcik. Mana-mana pun boleh.” Selepas dapat aiskrim, seronok bukan kepalang. Aiskrim pakcik ini lain dari yang lain. Sebab itu lah tidak hairan kadang-kadang aku sanggup kejar pakcik ini sampai ke blok lain.

Sampai dirumah, aku menikmati aiskrim pakcik Saad ini. Aku terus ke dapur untuk bertanyakan soalan kepada ibu. “Ibu, aiskrim pakcik ini sangat sedap. Unik rasanya.” Aku bercerita kepada ibu betapa seronoknya makan aiskrim pakcik ini setiap kali dia datang.

“Cuba teka kenapa sedap?” ibu mempersoalkan aku balik.

Aku menjungkit bahu aku, “Entah tak tahu. Kenapa ibu?” Ibu sempat lagi tersenyum melihat gelagat anak kecilnya sampai menggigit-gigit kon tersebut dengan muka yang comot.

“Ibu dapat tahu pakcik itu buat aiskrimnya sendiri. MashaAllah, Kalau kamu rasa aiskrim ini unik, namanya pun unik juga. Jenama aiskrim pakcik ini OSDA. OSDA itu bermaksud Orang Sabar Disayangi Allah. Jadi, anak ibu ini, bila besar nanti jadi orang yang sabar ya.” sambil ibu mencuit hidungku.  

Itulah kali terakhir aku membeli aiskrim pakcik Saad.

***
Aku membuka suapan berita di Facebook. Tiba-tiba aku ternampak kawanku berkongsi artikel mengenai pakcik Saad ini di Facebook.

Aku membaca artikel tersebut. Kini aku berusia 21 tahun. Tiba-tiba terasa rindu dengan aiskrim OSDA pakcik Saad.

Kisah Pakcik Saad menjual aiskrim demi PhDnya
Siapa tidak kenal dengan seorang lelaki yang berjubah dan berserban yang menjual aiskrim di sekitar Sri Bunga? Penemubual yang mahu dikenali sebagai En Razak menceritakan pengalaman beliau menemubual pakcik ini. Dikatakan, pakcik Saad ini datang dari Surabaya. Dia menyara perbelanjaan PhDnya dengan membawa beca menjual aiskrim OSDA di sekitar kawasan Taman Anggerik dan Taman Bunga Raya pada setiap hari sekitar pukul 9.00 pagi sehinggalah masuk waktu zohor. Dia akan menyambungnya semula selepas Zohor sehinggalah waktu Asar tiba.

Kegigihannya mencari rezeki mendapat perhatian penduduk masyarakat yang mengenalinya selepas berbual dengannya. Masih ada lagi, orang yang sanggup mencari rezeki demi PhD pada usia yang menjangkau 50 tahun.

Beberapa komentar oleh penduduk Taman Anggerik dan Taman Bunga di laman sosial.

Fateh: Aiskrim pakcik ini sangat sedap. Dia buat sendiri. Sangat lembut dan berkrim. Lain dari yang ada di pasaran.

Imam Kamal: Saad ini bila waktu sembahyang, setiap kali itulah dia ada di masjid ini. Saya sangat mengkagumi beliau. Beliau sangat menjaga solat jemaahnya walaupun sibuk mencari rezeki.


Selepas membaca artikel ini, aku berfikir sejenak di depan komputer riba. Aku cuba mengingati peristiwa yang lepas.

Tiba-tiba teringat peristiwa pakcik ini ketika dia bergegas mahu ke masjid sewaktu aku kecil dahulu.
“Allah, apa pengajaran yang hendak Engkau sampaikan kepada aku?” Aku bersoal kembali kepada diriku. Tidak ada kejadian yang berlaku tanpa kehendakNya.

Apabila difikirkan balik, rupanya Allah hendak ingatkan aku agar menyegerakan solat diawal waktu. Selain itu, berbalik apa tanggungjawab aku sebagai khalifah. Aku tak pernah merasai kesusahan hendak belajar. Semuanya ditanggung oleh ibu ayah. Berbeza dengan pakcik ini, berjihad mendapatkan ilmu Allah.

Allahurabbi. Aku baru tersedar yang menjadi seorang khalifah di muka bumi ini perlukan kekuatan. Pakcik ini sangat hebat. Dalam dunia ini, sehebat mana pun kita, suatu hari nanti kita akan dipulangkan kepada pencipta dengan amalan dan taqwa sahaja.

Pakcik ini sanggup meninggalkan dunia sebentar demi berjumpa dengan Allah pada awal waktu.
Pakcik ini amat yakin rezekinya tidak pernah tertukar. Ikutkan boleh sahaja dia berjual beli ketika azan tetapi dia meninggalkannya untuk sementara waktu.

Pakcik ini boleh sahaja duduk dirumah dan menjual aiskrim bukan disebabkan mahu menampung perbelanjaan PhDnya dan meminta mana-mana orang yang hendak membiayainya mencapai cita-cita, tetapi dia tidak berbuat demikian.

Malunya aku. Baru hendak buka buku ilmiah sudah terasa malas.

***

“Fatihah, solat…” aku tersedar dari lamunan apabila ibu mengingat aku setiap kali azan sudah kedengaran. MashaAllah, azan sudah berkumandang di televisyen. Setiap kali itu juga aku akan memberi alasan sekejap lagi, lagi 5 minit Fatihah solat. Selepas 5 minit, aku beri alasan kepada diri sendiri lagi, nantilah awal lagi, lagi 10 minitlah aku sembanhyang. Lama-lama, lagi 10 minit hendak masuk waktu lain barulah hendak berlari-lari ke bilik air hendak solat.

“Ya Allah, ampunilah dosaku. Aku mahu berubah, InsyaAllah.” Selepas membaca artikel dan mengimbau kenangan dengan pakcik itu baru aku tersedar. Alhamdulilah, aku kena menghargai hidayah ini. Terima kasih ya Allah.

Aku terus bangun dari menghadap komputer ribaku.

“Ibu, tunggu Fatihah. Fatihah hendak berjemaah sekali.”


Cerpen ini pernah dihantar kesalah satu penerbitan, tetapi gagal mendapatkan maklumbalas, jadi sesiapa yang membaca cerpen ini, mungkin boleh memberi komentar. 

Sunday, 22 March 2015

Sinopsis Yoyoh Yusroh ( Ummi, Wakil Rakyat Parti Keadilan Indonesia)

Sinopsis
Yoyoh Yusroh ( Ummi, Wakil Rakyat Parti Keadilan)
‘Hidup harus dijalani dengan seutuhnya meletakkan Allah sebagai satu-satunya pihak yang paling berhak mendapatkan seluruh penghormatan dan cinta serta persembahan bagi setiap langkah apa pun sahaja yang dilakukan selama hidup di dunia.’
Latar Belakang:
5 y/o: Diajar berpidato teks terjemahan dari arab melayu oleh bapanya
10 y/o: Sudah menjaga adik beradik ketika orang tuanya menunaikan haji 
yang menggunakan kapal laut (3 bulan)
6x khatam setiap kali Ramadhan 
Pagi: Menuntut ilmu dunia ; Malam: Menuntut ilmu akhirat ; (Belum termasuk aktivitasnya di majlis ta’alim di dekat rumahnya)
Dalam kesibukkan berpolitik, beliau memastikan 3-5 Juz AlQuran dibaca setiap hari (Bagi yang selalu menggunakan kenderaan awam, tiada ruang untuk mengeluh menunggu bas terlalu lama, sebab Yusroh juga tidak memandu, banyak ruang masa untuk AlQuran. Saat kita mengeluh, berapa jam kita sudah habis di situ?)
Beliau, biasa berkeliling kampung untuk bermaaf-maafan dan bersilaturrahim.
‘Apabila hadapi masalah kehidupan, nikmatilah dengan kelazatan iman (halawatul iman), jauh lebih penting dan lebih tinggi daripada kusut dalam berbagai permasalahan tersebut'


Jiran: Dia ada jiran bukan islam, sampaikan jirannya terPAKSA PINDAH RUMAH. "Kerana kebaikan (akhlak) ibu Yoyoh, sekiranya mereka tinggal disitu lama lagi, mereka boleh berpindah agama nanti."

Keluarga: 
Mempunyai 13 orang anak
Pernah anaknya menarik-narik baju dan mencakar mukanya, tetapi beliau menadah tangan, “Berilah beliau petunjuk dan jadikan dia anak yang saleh”. Anaknya yang mengamuk terus berhenti.
“Di rumah kata sesalan, cemuhan di HARAMkan. Sekiranya anaknya mengeluh, Beliau akan berbicara dengan anaknya.
“ Ini duit untuk Palestin, yatim piatu, duit umi tinggal ini sahaja, kalau umi kena memenuhi keinginan kamu ( anaknya meminta telefon tanpa keperluan jelas), apakah kita mahu memakai wang riba? ( untuk memberitahu walaupun dia seorang ahli parlimen, berduit, bukan semua keinginan anaknya akan dipenuhi)
Permasalahan/kepentingan keluarga dll, Permasalahan/kepentingan dakwah jauh lebih besar.
“Apabila mau marah dengan anak, lebih baik marah pada Yahudi”

Tuesday, 17 March 2015

Persoalan Kanak-Kanak, Non-Muslim, Muslim Tentang Allah

1.Kenapa di dunia, Allah jadikan ada orang baik dan jahat? 
J: Manusia lahir dalam fitrah Islam, Allah bagi pilihan, nak buat baik@jahat. Allah tak biarkan begitu sahaja. Allah bagi rasa, bila kita buat baik, outcomes: Jadi baik. Bila buat jahat: kita susah nak terima perubahan yg baik. Lg, Allah utuskan AlQuran dan sunah untuk diikuti. Jd untuk salahkan Allah, cuba lihat bagaimana pemilihan hidup kita sendiri yang pilih.
2. Kenapa Allah tak jadi kita semua muslim, kan senang sembah tuhan yang betul? 
J: Ujian kepada non muslim, ujian: mencari hidayah. 
Muslim, ujian: sejauh mana kamu menyebarkannya?
3. Semua agama ajak kebaikan, kenapa islam nampak superior?
J: Islam satu-satu agama yang dijamin syurga.
4. Kenapa Allah perlu cipta manusia?
J: Allah tak perlu, Allah pencipta, Dia manifestasikan dirinya melalui penciptaanNya.
5. Ada yang takut g Arab Saudi kena potong tgn/hudud
J: Kenapa takut, adakah kita nak mencuri di Arab Saudi?
6. Kenapa perempuan di Arab Saudi, tak boleh bawa kereta, islam menindas wanita?
J: Islam satu-satu agama yg melindungi wanita, lihat pada kawasan dan keadaan disana, padang pasir. Kalau wanita disana drive, sorang-sorang dan sesat etc, apa kesannya?
7. Allah letakkan taqdir (ketentuan), Allah tahu kita masuk syurga neraka, bukankah,tak adil?
J: Allah dah tentukan berdasarkan ilmuNya, do you know ur end up? Analogi: seorang guru ajar 5 tahun, boleh kenal yg rajin n malas. Kalau sikap malas pljar, dia tahu pelajar itu akan gagal. At the end,the one choose is urselves. Allah dah gariskan panduan nak masuk syurga, daripada banyak tanya kerja Allah, kita yang patut buat kerja kita.
8. Kenapa Allah ciptakan neraka, bukankah Allah Maha Adil?
J: Saya guru, saya nak bg semua orang dalam kelas A+. Adil? Yang malas tak pernah baca buku, malas tahap gaban dapat  A+, Apa perasaan orang yang dapat A+ yang memang berusaha? Bila didunia yg jahat tiada pembalasan, yang baik tiada pembelaan, Jadi inilah tempat sebaik-sebaik pengadilan.
9. Allah penyayang, Kenapa dia murka? 
J: Analogi, seorang ibu, penyayang tak? Kalau dia penyayang, kenapa masa kecil-kecil kita kena marah, rotan. Ini sebab itu cara dia mendidik kita supaya jadi baik. Orang kata, sebab sayanglah kena rotan  Begitu Allah. Allah pun ada caranya untuk mendidik kita. Tapi kita bila Allah mendidik, kita pula marah Dia kata tak adil.
10. Kenapaa perlu sembah Allah? 
J: Orang tak ada agama, dia sembah apa? Dia sembah pangkat, harta & wanita. Dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang. Semua orang perlu tuhan, sebab itu fitrah. Sebab kalau tak sembah Dia, hati dan jiwa kosong.