Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts

Friday, 10 October 2014

Bagaimana Permata Syurga Membantu Iman Kita

Permata syurga anugerah tuhan
Mereka telah diamanakan oleh Allah untuk membentuk mereka
Semuanya akan dipersoalkan kelak jika kita ambil enteng terhadap mereka

Mereka bukan hebat dalam berbicara mengenai soal agama
Apatah lagi sekiranya mereka baru bertatih mengenal Pencipta-Nya

Pernah suatu hari, saya sangat sibuk dalam urusan dunia,
Padahal azan baru sahaja berkumandang
Selepas azan berkumandang, hanya beberapa minit...
I got a message from permata syurga seorang adik yang sangat dikasihi

"Akak sudah sembahyang?"
"Belum, akak hendak selesaikan urusan akak"

Jawapannya biasa, semua orang mampu memberi jawapan seperti itu. Tapi Allah hadirkan perasaan malu dalam diri.

Apa adik yang saya sangat kasihi ini jawab?

"Akak pergilah solat dulu nanti Allah marah"

It's so simple, right?

Teguran mereka sebagai anak kecil begitu menusuk dalam kalbu kita
Anggaplah kata-kata yang baik datang dari mereka merupakan teguran dari Allah
Yang membantu meningkatkan Iman kehidupan kia secara tidak langsung

:)

Apa adik yang sangat saya cintai jawab?

"Macam itulah baru Allah sayang"

Selalunya ibubapa nak pujuk anak solat cara begini, tapi kali ini anak memujuk untuk kita solat cara begitu pula.
Sesiapa yang menasihati kita secara halus, terimalah dengan hati yang terbuka

Untuk menjadi seorang yang merendah diri dan tidak sombong
Terimalah sesiapa yang menasihati kita
Hatta, nasihat itu dari seorang budak
Janganlah memperlekehkan mereka
Sekirannya kamu ingin membantu dirimu untuk meningkatkan Iman

:)

Wallahua'lam





Friday, 3 August 2012

Jauhi Perkataan 'Nakal' Kepada Anak

Pernah dengar?

"Haikal, kenapa nakal ini?" sambil mencubit kanak-kanak yang tidak faham apa yang dia telah lakukan. 


'Nakal'...


Natijahnya, kesan kepada kanak-kanak. Berapa kali doa kita untuk mereka dalam sehari? Seterusnya, masih menyalahkan kenakalan mereka, sedangkan kita ibu bapa terlupa kita yang mendoakan untuk mereka.  

Cuba la jauhi cakap perkataan ini, takut-takut anak jadi nakal. Memang la kenakalan mereka ada ibu bapa yang tak tahan sabar. Jadi kepada perents masa marah cuba kawal percakapan ini dari terkeluar dari mulut... Sekurang-kurangnya cakaplah sesuatu ayat yang positif.