Rasa MATI
Kehidupan yang mengakhiri hidup kita di dunia. Simple to
understand the concept of death.
Orang selalu kata orang yang bijak adalah orang yang
mengingati mati.
Selalunya bila dengar macam ini kita akan mengangguk, setuju
dengan kata-kata ini dan sebagainya.
Masa saya dengar perkara ini, kata-kata itu seperti air yang
mengalir (lalu sahaja), ingat pun sebab orang kata berulang kali.
Sampailah suatu hari, saya tanya diri sendiri balik, kenapa
tak rasa apa-apa
tak melekat pun dalam hati, Mati? ok…! Semua orang akan
mati.
Ok.
Suatu hari yang lain, Macam mana nak rasa mati itu ada,
wujud, rasa takut bila orang sebut mati.
Ini Formula Saya.
- Lintasan hati. MINTA KEPADA ALLAH RASA ITU
Alhamdulilah perkara itu terjadi kepada
saya. Saya rasa lebih takut bila hendak buat dosa.
Macam mana Allah rasa itu, setiap orang
berbeza. Ini adalah bahagian saya yang Allah telah kurniakan.
Pada umur
20 tahun, usia yang muda bagi saya. Saya seorang yang susah dapat sakit.
Nak dapat sakit itu memang setakat batuk sehari dua, selsema pun tak sampai
seminggu.
Bila saya minta, sebab saya rasa nak buat
jahat pun tak rasa apa ( tak rasa berdosa)
Allah beri saya sakit.
Selama semingu saya tahan sakit itu.
Selepas itu, saya ambil keputusan untuk
pergi ke klinik sebab dah tahan sangat sakit.
Bila saya jumpa doktor, dia cuma kata, “
Saya tak pernah jumpa penyakit awak ini. Kalau awak pergi hospital tak ada
apa-apa boleh buat. Mungkin dia akan bagi ubat tahan sakit yang akan saya bagi
nanti.”
Berkecai hati. Doktor pun tak boleh kesan
sakit saya.
Selama seminggu lagi saya tahan sakit.
Semua assignment saya terpaksa tangguh. Jadi bila tertangguh banyaklah yang tak
siap. Due date semakin dekat!
Pada itulah Allah bagi ilham tanda sakit
itu, adalah rasa MATI yang saya minta dan hendak rasa sangat selama ini. Bila
sakit itu sembuh, saya pegang rasa MATI yang Allah ilhamkan. Saya rasa
bersyukur dikurniakan sakit ILHAM
2. Jangan berputus asa
Minta
Minta
Minta
hari-hari… kita nak rasa itu. Supaya kita
tahu bila dapat rasa MATI
kita baru tersedar akan menghargai mati
kita baru tersedar hidup ini bukan bangun,
tidur,makan, kerja, belajar…
dan sambung balik rutin yang sama.